Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya bakal melakukan perubahan pemain import pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2021.

Barisan pemain import Pahang iaitu Yevhen Bokhashvili, Herold Goulon, Mamadou Wague, Lee Tuck dan Pedro Henrique setakat ini gagal menampilkan prestasi terbaik sekaligus menyebabkan Sri Pahang menduduki zon penyingkiran dalam carta Liga Super.

Sri Pahang
Yevhen Bokhashvili dan Lee Tuck. Sumber Gambar: Sri Pahang

“Apa yang boleh saya katakan ialah perubahan dalam pasukan memang pasti kerana cadangan untuk menukar pemain perlu dilakukan memandangkan kedudukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super.

“Namun, keputusan muktamad akan diketahui dalam tempoh terdekat ini sebaik jendela perpindahan pemain dibuka Mei ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Setakat ini, masih belum pasti pemain mana yang bakal dikekalkan atau digugurkan namun menurut khabar angin yang beredar di laman media sosial, hanya Herold Goulon yang bakal dikekalkan.

Sri Pahang
Sumber Gambar: Sri Pahang

Tiga pemain iaitu, Bokhashvili, Wague dan Henrique bakal dilepaskan manakala Lee Tuck pula akan dipinjamkan ke pasukan lain.

Dua pemain iaitu Aung Kaung Mann dan Adisak Kraisorn dijangka bakal menggantikan pemain yang dilepaskan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemain Kacukan Malaysia-Australia Sah Sertai Kuala Lumpur City

Sri Pahang Berminat Dapatkan Khidmat Adisak Kraisorn

Penyerang Berbisa Myanmar, Aung Kaung Mann Bakal Sertai Sri Pahang Bulan Depan