Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menafikan dakwaan bekas pemain kelab itu, Kiko Insa menjadi ejen kepada pemain import baharu pasukan, Manuel Hidalgo.

Menurut perkongsian Sukanz, Datuk Suffian mendedahkan ejen kepada Manuel ialah seorang warga Argentina dan mempunyai hubungan akrab dengan pemilik Sri Pahang, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.

Manuel Hidalgo
Sumber Gambar: Sri Pahang

“Kehadiran Manuel Hidalgo ini tiada kaitan langsung dengan Kiko Insa, pemain berbakat ini diketahui oleh presiden iaitu YAM Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman yang mempunyai hubungan baik dengan ejen sebenar iaitu Lucas Cominelli daripada agensi 7ORO SPORTS.

“Dia yang mengenalkan (Manu) kepada YAM Tengku Abdul Rahman sebelum saya memulakan perbincangan dengan pihak Lucas, dan akhirnya berjaya membawa dia masuk ke sini.

“Isu Kiko ini tiada kena mengena langsung dengan perpindahan Manu ke sini samada sebagai ejen atau recommend pemain ini, sebabnya Manu sendiri tidak kenal langsung Kiko ini siapa, janganlah menjadi umpama lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya.

Hidalgo menjadi bualan peminat bola sepak tanah air setelah menampilkan prestasi cemerlang ketika membantu Sri Pahang mencatat keputusan seri menentang Selangor Rabu lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua bagi meningkatkan kualiti di bahagian serangan Sri Pahang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bekas Pemain Pahang Maut Tertembak Di Kepala

Manuel Hidalgo Gembira Dapat Bermain Bersama Sri Pahang

Gonzalo Cabrera Disahkan Sudah Pulih Selepas Berlanggar Dengan Renan Alves