Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon menafikan beliau mahu mendapatkan khidmat penyerang Terengganu, Jordan Mintah tanpa pengetahuan kelabnya.

Ketika ini, beredar gambar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang menunjukkan Dr Johan Kamal menghubungi Mintah dan mengajak pemain tersebut untuk berbincang tanpa melalui Terengganu sebagai majikan kepada Mintah.

Dr Johan menerusi laman media sosial Twitter miliknya kemudiannya menafikan perkara tersebut dan menegaskan beliau akan membuat laporan polis kerana ada individu yang menggunakan namanya dengan tujuan memberi imej buruk kepada beliau dan juga pasukan Selangor.

Jordan Mintah sendiri turut menafikan perkara ini dimana beliau memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya dengan menyatakan perbualan Whatsapp tersebut palsu dan menegaskan hatinya masih tetap bersama Terengganu.

Pemain kelahiran Ghana itu kini beraksi skuad Terengganu II dalam saingan Liga Premier dan tampil cemerlang dengan mengumpul 26 jaringan dalam 28 perlawanan sepanjang musim ini.

Musim lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan Jordan akan berhijrah dengan menyertai pasukan lain namun pada akhirnya beliau kekal bersama kelab Pantai Timur itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Pemain Bola Sepak Tempatan Ditahan Kerana Rogol Remaja Perempuan

Kevin Ingreso Sertai Sri Pahang