Ketika pasukan lain sudah pun melengkapkan proses penghasilan logo baharu masing-masing untuk saingan Liga Malaysia musim depan, namun pasukan Sabah FC pula kini berdepan masalah.

Ini kerana logo yang diperkenalkan sebelum ini dapat kecaman daripada pelbagai pihak terutama para penyokong setia Sabah. Mereka menyifatkan logo tersebut ketinggalan zaman dan menyerupai logo sebuah sekolah.

126853413_117994326790447_5093467183256064710_o
Logo lama yang diperkenalkan sebelum ini.

Justeru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Club Sdn Bhd, Datuk Verdon Bahanda terpaksa buat kerja ‘last minutes’ dengan membuka peluang kepada para peminat untuk mengetengahkan idea masing-masing dengan menganjurkan pertandingan mereka cipta logo baharu bermula semalam.

Namun, semua penyertaan perlu dihantar sebelum pukul 6 petang hari ini kerana tarikh tutup untuk mendapat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah pada hari esok (23 November 2020).

“Disebabkan ramai yang komen logo budak budak yang saya buat, maka saya akan buka peraduan cipta logo untuk digunakan Sabah FC kepada semua peminat

“Oleh kerana masa sangat terhad iaitu saya perlu hantar ke FAM logo yang akan digunakan oleh Sabah FC untuk kelulusan dari FAM pada petang 23/11/2020 maka saya terpaksa memberikan syarat-syarat yang padat,” tulisnya di laman facebook rasmi.

Bagaimanapun, Verdon mahu semua logo tersebut tidak mengandungi maskot rasmi pasukan dan perlu mempunyai identiti negeri Sabah.

“Saya juga sarankan supaya gambar maskot (Rhinos) tidak dimasukkan dalam logo untuk mengelakkan sebarang perubahan pada logo tersebut di masa hadapan disebabkan pengalaman kita masa lalu iaitu penukaran maskot berlaku apabila berlaku pertukaran pucuk pimpinan Skuad Sabah,” tambahnya.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dan setiap rekaan yang dipilih akan dipamerkan dalam facebook rasmi Sabah Football Club Sdn Bhd untuk undian daripada peminat pada jam 7 malam ini.

syaratt

Penyertaan akan terbatal jika logo tersebut didapati tidak asli dan menyerupai mana-mana logo kelab sukan di dunia melalui carian pelayar internet. Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan logo tersebut, anda boleh layari laman facebook Verdon Bahanda.

Baca artikel lain mengenai isu logo pasukan Liga Malaysia yang pernak dilaporkan oleh Vocket FC melalui pautan dibawah. 

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

Rekaan Kepala Rusa Logo Baru Kelantan FC Jadi Bualan Hangat, Ciplak Terus Atau Ada Lesen Dari Pereka Asal?

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat