Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas pengesahan pasukan Negeri Sembilan FC berkaitan dengan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pemain dan pegawai mereka petang tadi, pihak MFL melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Stuart Ramalingam mengeluarkan kenyataan berkenaan status baki perlawanan.

Stuart menjelaskan perlawanan Negeri Sembilan FC di dalam kempen TM Piala Malaysia 2021 secara automatik telah diberikan kemenangan 3-0 kepada pasukan lawan bermula aksi ketiga dalam saingan Kumpulan C akan datang.

“Merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan TM Piala Malaysia 2021, sekiranya terdapat pegawai atau pemain yang didapati positif COVID-19 dan mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan oleh KKM sehingga menyebabkan kelab tidak dapat menjalani latihan dan menyertai pertandingan, maka, perlawanan yang melibatkan kelab terbabit akan dibatalkan serta dikira kalah 0-3,” katanya.

Negeri Sembilan FC yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011, kini menduduki tangga ketiga Kumpulan C selepas mencatatkan tiga mata sepanjang dua perlawanan.

Baki empat perlawanan Negeri Sembilan dalam kempen TM Piala Malaysia 2021 adalah pertemuan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Oktober 2021 dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 November 2021), Melaka United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi (6 November) dan Kelantan United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 9 November 2021.

Baca artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“B. Sathianathan Tak Faham Sistem NFDP”. Lelaki Ini ‘Counter’ Dakwaan Mengenai NFDP Yang Dibangkitkan.

24 Pemain Dan Pegawai Positif COVID-19, Negeri Sembilan Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Buat Piala Malaysia

Stuart Ramalingam Gesa Pemain Hadapi Isu Gaji Tampil Ke Hadapan

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group