Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Saiful Mat Sapri hari ini mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

Perkembangan itu disahkan melalui satu kenyataan di CakapSukan sebentar tadi. Beliau merupakan CEO kedua pasukan Liga Super yang melepaskan jawatan selepas CEO Perak FC, Rizal Ali Naizali pada minggu lepas.

“Memang saya telah meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan yang selama ini saya abaikan. Jadi inilah masa terbaik buat saya untuk membuat keputusan selepas melihat MUFC kini sudah kembali stabil dari segi semua aspek,” katanya kepada Cakap Sukan.

177575918_180122253970503_5354571045553328020_n
Datuk Saiful Mat Sapri

Saiful sebelum ini merupakan Bendahari Kehormat Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sebelum dilantik sebagai CEO Melaka United bermula musim 2021. Difahamkan, Datuk Seri Justin Lim dipilih sebagai CEO baharu pasukan itu.

Justin Lim merupakan CEO syarikat pengeluaran sarung tangan iaitu KenTeam yang turut memiliki sejumlah saham syarikat MUFC dalam misi membawa bolasepak Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan.

Pengurusan Melaka United hari ini turut mengadakan perjumpaan dengan MUSA di pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh.

28629004-8135-4EBB-8CDC-DF70C37E1CFA
CEO baharu MUFC, Datuk Seri Justin Lim

Pertemuan ini cukup penting dalam usaha memperkukuhkan lagi pasukan MUFC yang menjadi nadi kebanggaan negeri Melaka, seterusnya memperbaiki kedudukan MUFC dalam saingan Liga Super.

Mereka turut sebulat suara untuk mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih sehingga penghujung musim dan menyasarkan untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Premier 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Sarawak United Sanggup Lepaskan Sandro Da Silva Secara Percuma

Lee Tuck Bakal Sertai Terengganu Secara Pinjaman

Isu Tunggakan Gaji Tinggi Tak Gambarkan Liga Malaysia Teruk