Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kamal Idris Ali menafikan pihaknya bakal mendapatkan khidmat pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam sekaligus Kamal menepis dakwaan yang mengatakan Kedah akan mendapatkan Sumareh lalu dipinjamkan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Setelah tamat kontrak bersama kelab Thai League 1, Police Tero FC, masa depan Sumareh menjadi tanda tanya dimana beliau dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Malaysia termasuk Kedah.

Khabar angin mengatakan Kedah bakal meminjamkan Mohamadou Sumareh ke JDT dan sebagai balasan, seorang lagi pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi bakal dipinjamkan ke skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu.

Mengenai Liridon pula, Kamal tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada perkara tersebut benar ataupun sekadar khabar angin.

Setelah menamatkan saingan Liga Super musim 2020 sebagai naib juara, Kedah Darul Aman bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini dengan satu lagi pasukan iaitu Terengganu FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dua Syarikat Tempatan Memiliki 80 Peratus Saham KDA FC Dengan Anggaran Nilai Pelaburan Sebanyak RM1.5 Bilion

Bruno Suzuki Kekal Beraksi Di Liga Malaysia, Bakal Sertai PDRM

Mohamadou Sumareh Bakal Sertai Kedah Secara Pinjaman?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group