CEO Liga Perdana Inggeris, Richard Masters tidak memberikan jaminan bahawa musim ini akan diteruskan sehingga tamat kesemua perlawanan.

Beliau memberitahu bahawa, masih ada kemungkinan musim 2019/20 akan ditamatkan lebih awal ataupun tidak dapat diteruskan / dibatalkan terus.

Liga Inggeris ditangguhkan sejak Mac lalu kerana koronavirus. Dan masih ada baki 9 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Masters bagaimanapun menyatakan mereka yakin akan dapat menamatkan musim ini. Cuma tidak mahu menafikan sebarang kemungkinan liga tidak dapat diteruskan.

“Segala kemungkinan itu masih ada. Dan ianya bergantung kepada persekitaran pada ketika ini. Ianya perkara yang kami belum bincangkan lagi dengan kelab kelab.”

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan liga bersambung dan para pemain berlatih dalam keadaan yang paling selamat, begitu juga dengan keluarga mereka.”

“Kami meletakkan program ujian saringan dengan protokol berbeza untuk melindungi nyawa, dan kami rasa akan dapat kembali apabila keadaan selamat.”

Berkenaan dengan laporan beberapa pemain yang enggan kembali berlatih, Richard Masters menyatakan, beliau menghormati pendirian para pemain.

Troy Deeney antara pemain yang sudah berikrar tidak mahu kembali berlatih pada ketika ini.

Richard Masters menegaskan mereka sudah sedia untuk belajar daripada Bundesliga cara mengendalikan liga pada musim wabak ini.

Premier League memberikan jaminan bahawa, semua badan penyiar sudah bersedia untuk menyiarkan perlawanan EPL apabila ia bersambung kelak.

Sebelum ini Premier League merancang untuk kembali pada pertengahan Jun hadapan. Namun belum ada tarikh khusus tentang perkara itu.

Pada kedudukan semasa, Liverpool berada di puncak liga dengan beza 25 mata daripada Man City.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Juventus Mulakan Langkah Nak Beli Balik Pogba

Villas Boas Tak Ingin Sertai Newcastle, Setia Bersama Marseille Yang Dalam Krisis Kewangan

Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid