Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Erling Haaland secara rasminya akan menyertai Manchester City pada musim hadapan. Ianya menjadi perpindahan paling panas pada kali ini.

Namun begitu Man City masih belum mengumumkan secara rasmi pemain tersebut kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Haaland dilaporkan meminta Dortmund melepaskannya ke Manchester City. Dan kemudian kelab dari England itu membuat bidaan rasmi ke atas klausa pelepasan pemain itu.

CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menegaskan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa. Dan terpaksa melepaskan superstar yang mereka tandatangani pada 2020 itu.

Watzke kemudian mengkritik kelab kelab negeri (state club merujuk kepada kelab yang ditaja dengan wang kerajaan). Di mana menurut Watzke, setiap kali pemain pemain mereka beraksi cemerlang, maka mereka akan kehilangan pemain tersebut pada musim berikutnya.

Ini kerana kelab kelab milik oligarki dan ditaja dana berdaualat sesebuah negara telah datang untuk ‘membuli’ kelab seperti Dortmund.

Watzke berkata dalam sesi tembual khas bersama Darren Lewis dari CNN: “Itu sahaja yang kami dapat lakukan. Apabila pemain kami beraksi cemerlang, kelab miliki oligarki dan negara Arab pun datang.”

“Dan pertarungan ini kami tak akan pernah menang, namun kami boleh memenangi pertarungan untuk pemain 18 tahun seperti Jude Bellingham.”

“Kerana pemain seperti ini suka bermain untuk Borussia Dortmund yang ada 80,000 penyokong dalam stadium serta atmosfera yang sangat bagus.”

“Kelab kami sangat pandai menguruskan pemain pemain muda.”

“Itulah cara kami bekerja. Baiklah! Kami ada bahagian yang bagus yang memantau pemain pemain muda dari kelab lain setiap hari.”

“Dan juga sangat penting apabila kamu memiliki pemain pemain muda berbakat itu dalam kelab kamu, maka kamu harus membangunkan mereka dan saya rasa kami berjaya, hampir setiap kali, kami berjaya.”

Watzke tidak mahu berselindung mengakui Dortmund dibayangi oleh hierarki bola sepak moden.

Kelab memiliki rekod yang baik membangunkan pemain pemain muda dan kemudian menjual mereka ke kelab besar eropah.

Antara pemain yang mereka jual atau lepaskan termasuk Robert Lewandowski, Pierre-Emerick Aubameyang, Jadon Sancho, Mario Götze, Mats Hummels, Ousmane Dembélé dan Christian Pulisic.

Watzke memahami bahawa dalam bola sepak para pemain akan tertarik dengan tawaran lumayan daripada kelab besar. Tetapi bagi beliau kadangkala, mereka sukar untuk melepaskan pemain pemain tersebut.

Cuma mengambil kira bahawa pemain juga manusia. Mereka berhak untuk memilih destinasi yang mereka mahukan.

“Kadangkala, ianya agak emosional. Misalnya ketika Mats Hummels, memberitahu saya pada 2016, dia mahu meninggalkan kelab ini. Selepas 7 atau 8 tahun bersama, ianya tempoh yang sangat lama dan kami ada hubungan istimewa.”

“Tetapi kadangkala, ada beberapa pemain berada di Borussia Dortmund selama satu, dua, tiga tahun, dan dalam tempoh ini, ia tidak begitu mendalam secara emosi.”

“Ianya perkara biasa dalam bola sepak bahawa pemain datang, pemain pergi dan jika mereka mahu pergi, OK.”

“Kadang-kadang, ia satu perjanjian yang bagus; kadang-kadang, ia tidak begitu baik. Apabila kami menjual Ousmane Dembélé kepada Barcelona selepas tempoh yang singkat, ia adalah satu perjanjian yang sangat baik.”

“Apabila Robert Lewandowski kami lepaskan secara percuma, ia bukan tawaran yang bagus, tetapi itulah bola sepak.”

Dan kini giliran Haaland akan meninggalkan kelab itu. Pemain berusia 21 tahun itu telah menjaringkan 85 gol dalam 88 perlawanan sejak menyertai RB Salzburg pada 2020, memecahkan banyak rekod Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah sepanjang tempoh tersebut.

Manchester City membayar  klausa pelepasan Haaland yang dilaporkan sebanyak €60 dan menewaskan persaingan daripada beberapa kelab besar Eropah lain yang mahukan pemain itu, termasuk Real Madrid, Manchester United serta PSG.

Sebelum Man City mengumumkan Haaland, Watzke sempat berkata: “Ia adalah keputusan untuk Erling. Erling mempunyai klausa pelepasan dan dia mesti memutuskan sama ada kita mahu mengambil klausa pelepasan ini atau tidak dan dia mempunyai masa untuk memberikan keputusannya kepada kita.”

“Apabila masa sudah bersedia, dia akan melakukannya.”

“Tetapi kami [Dortmund] telah bermain bola sepak selama 113 tahun, dan selama 111 tahun, kami bermain tanpa Erling Haaland. Kami mempunyai Robert Lewandowski dan kemudian dia meninggalkan kami pada 2014, tetapi kami bermain bola sepak pada musim ’15, ’16, ’17 sehingga sekarang.”

“Kemudian seterusnya ialah Pierre-Emerick Aubameyang dan kemudian Erling Haaland dan anda boleh pasti jika Erling mengambil keputusan untuk meninggalkan kami, kami akan mencari [pemain] seterusnya 100% peratus.”

Borussia Dortmund kemudian mengumumkan Karim Adeyemi sebagai penyerang baharu mereka untuk musim hadapan.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group