CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mendedahkan bahawa, sebab utama Jadon Sancho mahu berpindah ke Manchester United adalah kerana mahukan jaminan tempat dalam pasukan kebangsaaan England.

Menurut Watzke, Sancho memberitahunya, jika menyertai kelab seperti Man United, Gareth Southgate akan lebih memandang tinggi pemain itu berbanding dengan kelab Bundesliga termasuk kelab yang besar seperti Borussia Dortmund.

Salah satu contoh adalah, ketika Euro, di mana Jadon Sancho gagal menjadi pemain kesbelasan utama walaupun dia cemerlang dalam aksi di peringkat kelab.

Ramai pihak termasuk Watzke sendiri terkejut melihat pemain itu hanya dijadikan pemanas bangku simpanan.

Seterusnya, Gareth Southgate dikatakan merasakan Sancho terlalu ofensif bermain dengan sistem di Borussia Dortmund. Sedangkan di England mereka menekankan aspek defensif.

Berdasarkan rekod Southgate dan England pada pusingan kelayakan, segalanya nampak hebat dan tidak banyak yang boleh dipertikaikan oleh Sancho.

Watzke berkata: “Pada pandangan saya, cita cita utama Jadon Sancho adalah untuk menjadi pemain kesebelasan utama England. Ketika melihat dia hanya berada di bangku simpanan sepanjang Euro 2020, ianya membuatkan ramai pihak di Bundesliga terutamanya, terkejut sekali melihatnya.”

Seterunsya, Watzke menyatakan bahawa beliau dan kelab Borussia Dortmund sangat sayangkan Jadon Sancho dan mengagumi pemain itu.

“Saya sukakan Jadon Sancho. Apabila kamu melihat dia beraksi di atas padang, kamu akan menitiskan air mata.”

“Jiwa saya terluka melihat dia tidak diberikan banyak peluang beraksi. Isu utama [kenapa dia pergi meninggalkan BvB] adalah kerana dia masih tidak mendapat tempat yang tetap dalam pasukan kebangsaan England.”

Jadon Sancho berhijrah ke Man United dengan nilai perpindahan GBP72 juta. Beliau masih tercari cari rentak terbaik dalam permainannya. Dan seringkali diletakkan di bangku simpanan.

Jika keadaan ini berterusan, ianya pasti akan memberikan impak kepada kedudukan Sancho dalam skuad England. Terutama sekali pesaing pesaing di posisi beliau memiliki minit perlawanan yang banyak untuk merebut slot kesebelasan utama.

Beberapa tahun lalu, Sancho berhijrah ke Jerman selepas tidak mendapat jaminan kesebelasan utama dalam Man City. Sancho ketika itu mahu menjadi pemain kebangsaan England dengan berusaha mengumpul seberapa banyak minit perlawanan yang boleh.

Baca juga artikel

ESL: UEFA Umum Tamatkan Tindakan Perundangan Ke Atas Real, Barca Dan Juve

Real Madrid Sedia Ikat Rudiger Secara Percuma

Solskjaer Salahkan Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Punca Kekalahan United