Aston Villa telah menyertai Brighton dan West Ham secara terbuka menentang idea untuk melengkapkan musim Liga Perdana di gelanggang neutral. Ini kerana menurut mereka, langkah itu akan memberikan kesan yang sangat teruk kepada kelab.

Difahamkan, kelab Liga Perdana diberitahu satu-satunya cara untuk melengkapkan musim ini adalah untuk baki 92 perlawanan yang akan dimainkan di tempat-tempat yang neutral, tetapi CEO Aston Villa Christian Purslow mengatakan bahawa akan menghukum kelab seperti Villa.

“Secara peribadi saya menentangnya,” kata Purslow di talkSPORT.

“Kami adalah kelab yang berbangga dengan aksi di tempat sendiri. Dua pertiga daripada kemenangan kami musim ini terhasil di tempat sendiri.

“Kami masih ada baki enam perlawanan di Villa Park untuk dimainkan dan saya rasa mana-mana peminat Villa akan bersetuju bahawa kamit tidak sepatutnya melepaskan kelebihan itu [home advantage].”

Villa menghuni tangga ke-19, dibezakan dua mata daripada zon selamat.

Purslow mengatakan perbincangan mengenai Project Restart sangat rumit. Malah beliau menyamakannya dengan perbahasan Brexit di Parlime.

Ini kerana walaupun ada konsensus bahawa bola sepak harus disambung semula sebaik sahaja keadaan selamat untuk melakukannya. Namun tidak ada jawapan yang jelas tentang bagaimana melakukannya.

Dan beluiau mengatakan bahawa walaupun menanggung kerugian yang besar hari demi hari. Purslow menegaskan, impak pasukan di zon penyingkiran lagilah besar.

“Berada di bawah carta liga akan membuatkan pendapatan yang jauh lebih kecil, tetapi risiko tersingkir mungkin merupakan bencana £200 juta kepada mana-mana kelab yang tersingkir.”

EPL sudah menyatakan komitmen mereka untuk terus menyambung liga musim ini. Bundesliga antara liga utama di Eropah yang sudah bersiap sedia melakukannya.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Bundesliga Sudah Sedia Kembali Beraksi 15 Mei

‘Saya Akhirnya Sembuh’

Manuel Neuer: Pemain Yang Mengubah DNA Sweeper Keeper Dengan Caranya Tersendiri