FIFA telah mengeluarkan larangan ke atas kelab kelab Inggeris yang menghalang pemain Brazil balik untuk tugasan kebangsaan melibatkan aksi kelayakan Piala Dunia.

Larangan tersebut membuatkan kesemua pemain yang dalam senarai, tida boleh beraksi 5 hari daripada tarikh akhir minggu antarabangsa kali ini.

Persatuan bola sepak Brazil, CBF sebelum ini mengajukan aduan kepada FIFA ke atas beberapa kelab EPL yang enggan melepaskan pemain Brazil mereka.

Terdapat 8 nama pemain yang dilarang beraksi untuk kelab Liverpool, Man city, Leeds, Man United dan Chelsea.

Untuk Everton, mereka dibenarkan untuk menggunakan Richarlison kerana pemain itu direhatkan daripada tugasan antarabangsa kali ini.

Alisson, Roberto Firmino, Fabinho, Ederson, Gabriel Jesus, Thiago Silva, Fred dan Raphina semua akan terlepas ini permainan hujung minggu.

Namun untuk Fred dan Thiago Silva, kedua dua pemain turut terlepas aksi pembukan UCL yang berlangsung pada Selasa, hari terakhir untuk penggantungan tersebut.

Perkara itu menimbulkan banyak polemik. Kerana ramai berpendapat bahawa, pemain menjadi mangsa kepada polisi kelab yang melarang mereka balik.

Dan akhirnya pemain turut digantung daripada beraksi.

Selain itu, alasan kelab kelab EPL ini melarang pemain pemain Brazil ini balik kerana peraturan kuarantin wajib oleh Brazil ke atas pelawat dari UK. Kemudian UK turut mengenakan syarat kuarantin wajib untuk pelawat dari senarai zon merah mereka – di mana Brazil turut tersenarai.

Seterusnya kelab kelab EPL ini mahu FIFA menggunakan budi bicara mereka untuk kali ini memandangkan situasi pandemik yang melanda.

Baca juga artikel

Spurs Denda 3 Pemain Yang Ingkar Dan Balik Ke Amerika Selatan

Ronaldo: Messi Bukan Jaminan PSG Juara UCL

Emi Martinez Dedah Sebenarnya Dia Tak Nak Sertai Arsenal, Namun Terpaksa Demi Keluarga