Pasukan kebangsaan Uruguay berjaya menang dengan selesa ke atas Colombia dalam aksi  kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di zon Amerika Selatan.

Dalam aksi yang berlangsung di Estadio Metropolitano Roberto Melendez, Uruguay dilihat terlalu unggul, walaupun pada awalnya dilihat bakal bermasalah berdepan dengan Colombia.

Hasil daripada kemenangan ini, Uruguay juga berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam kedudukan carta Kelayakan Piala Dunia 2022.

Uruguay yang tampil sebagai pasukan pelawat, tidak menunggu lama untuk gol pertama. Di mana penyerang sensasi Man United, Edinson Cavani membuka tirai jaringan seawal minit ke-5.

Ini adalah jaringan kedua Edinson Cavani dalam dua perlawanan terakhir beliau untuk kelab dan negara.

Colombia segera memberikan respon. Namun di sebalik beberapa peluang yang mereka cipta, tak satu pun masuk.

Malah pada minit ke-24, Bentacur hampir menambah gol untuk pasukan pelawat menerusk percubaan menariknya.

Tidak lama selepas itu, James Rodriguez menguji penjaga gol lawan, namun gagal menewaskannya.

Pada minit akhir separuh masa pertama, Luis Suarez hampir menambah gol menerusi sepakan percuma yang cantik.

Colombia menghadirkan ancaman yang agak baik menerusi Duvan Zapata yang kelihatan sangat lasak dan laju.

Pada minit ke-54, Luis Suarez menambah gol untuk pasukannya menerusi sepakan penalti – selepas Jeison Murillo menjatuhkan Bentacur.

Gol itu memastikan Luis Suarez kini mengatasi gol antarabangsan El Fenomeno.

Darwin Nunez menambah satu lagi gol pada minit ke-73, membolehkan skuad Uruguay pulang dengan 3 mata berharga dari markas Colombia.

Baca juga perkembangan lain

Salah Dijangkiti COVID-19

Woodward Beri Jaminan Man United Teguh Berdiri Di Belakang Kepimpinan Ole

PSG Dilaporkan Mulakan Rundingan Dapatkan Messi, Ini Reaksi Ayahnya