Pemain pertahanan import pasukan Kelantan, Cassio De Jesus dikhabarkan angkat kaki dengan meninggalkan skuad The Red Warriors ekoran kegagalan pengurusan pasukan membayar gaji pemain itu.

Sebuah laman di media sosial Facebook, La BOLA Malaya membuat pendedahan dimana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal menjelaskan pembayaran gaji Cassio yang sudah tertunggak selama 5 bulan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=338506596847585&id=137773320254248

Selain tunggakan gaji bagi saingan musim 2019, KAFA juga mengambil sikap berdiam diri dan sehingga kini masih gagal untuk menjelaskan bayaran gaji bagi saingan musim 2018.

Pada masa yang sama, Cassio menjelaskan bahawa beliau masih mahu beraksi bersama Kelantan namun masalah kewangan yang melanda pasukan itu memaksa beliau mencari alternatif yang lain. Pemain dari Brazil itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat setia pasukan dan mendoakan Kelantan agar cepat bangkit daripada kemelut yang dihadapi.

Cassio De Jesus

Sumber Gambar: mStar

Dengan pemergian Cassio De Jesus, maka kini Kelantan tidak lagi dibarisi pemain import. Sebelum ini, Flavio Beck, Raul Tarragona dan Mustafa Zazai telah meninggalkan pasukan terlebih dahulu.

Selain itu, Kelantan turut berdepan dengan kehilangan pemain muda mereka setelah beberapa pasukan menunjukkan minat untuk menandatangani ubi muda Kelantan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group