Bekas penyerang skuad kebangsaan Itali, Antonio Cassano menganggap corak permainan yang diterapkan oleh pengendali Juventus, Andrea Pirlo membuatkan Cristiano Ronaldo bergelut untuk mempamerkan kemampuan hebatnya.

Pemain kelahiran Portugal tersebut gagal membantu kelab yang disertainya sejak 2018/19 itu untuk meraih kemenangan pada perlawanan pertama peringkat 16 bertemu Porto apabila Juventus tewas 1-2 di Estadio do Dragao.

Sehubungan dengan itu, Cassano melihat Cristiano Ronaldo masih bergelut pada musim pertamanya bersama Pirlo meskipun beliau pada ketika ini berada di prestasi terbaik dengan 23 jaringan dihasilkan selepas mengharungi 27 perlawanan.

“Saya selalu mengatakan, walaupun dia merupakan satu fenomena dan telah menjaringkan beribu gol sekalipun, tetapi dengan idea bola sepak yang diterapkan oleh Andrea Pirlo, ia akan menyukarkannya [Cristiano Ronaldo].”

“Dia menjaringkan gol pada setiap perlawanan, itu perkara yang benar tetapi dia amat bergelut dengan idea diterapkan Andrea,” ujar Cassano menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Dia seorang pemain yang sedikit mementingkan diri, dia tidak peduli sekiranya orang lain menjaringkan gol.”

“Dia jenis pemain yang lahir untuk menjaringkan gol, bukan hanya untuk perlawanan, tetapi perlawanan-perlawanan yang hebat.”

“Dia hidup untuk menjaringkan gol pada ketika ini keadaannya menjadi semakin teruk. Tahun berlalu untuk semua orang dan dia menghadapi kesukaran [bersama Juventus].”

“Hakikatnya ialah Juventus telah membeli pemain yang memenangi lima trofi Liga Juara-Juara Eropah tetapi pada ketika ini dia menghadapi kesukaran dalam saingan tersebut.”

“Hal ini kerana, sejak Maurizio Sarri, Juventus cuba untuk menunjukkan cara yang berbeza dengan sejarah kelab ini. Sudah jelas Pirlo perlu untuk dinilai empat hingga lima tahun tetapi Juventus mahukan semuanya dengan pantas,” tambah Cassano lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Zubir Ibrahim: ‘Drop Kick’, Ketenangan Dan Tegas Pelengkap Perjalanan Seorang Legenda

Tawaran Lumayan Faktor Utama Jonathan Herrera Dipinjamkan Ke Kelab Argentina

Kontrak Berbaki 3 Tahun Lagi, Bapa Chanathip Dedahkan Ada Kelab Top 5 J1 League Dan Eropah Mahu ‘Sign’ Anaknya

 

Sumber