Bekas penyerang AS Roma, Antonio Cassano mengkritik Jose Mourinho tidak menjalankan tugasan dengan baik sehingga menyebabkan kelab saingan Serie A itu pada ketika ini hanya menghuni tangga kelapan.

Mula membimbing AS Roma pada 4 Mei 2021 selepas menggantikan rakan senegara, Paulo Fonseca yang meninggalkan pasukan, Mourinho bagaimanapun kelihatan bergelut untuk meletakkan kelab tersebut di kedudukan terbaik.

Selepas mengharungi 26 perlawanan liga, AS Roma hanya mampu mencatatkan 12 kemenangan, lima keputusan seri dan sembilan kekalahan untuk mengumpul 41 mata.

Lebih menyukarkan lagi keadaan, skuad I Giallorossi itu hanya mampu mencatatkan keputusan seri pada tiga perlawanan terakhir saingan liga bertemu Genoa, Sassuolo dan Verona

Kredit Foto: AS Roma

Sehubungan dengan itu, Cassano menganggap AS Roma berada dalam kehancuran apabila berada di bawah kendalian Mourinho dan menganggap ia lebih teruk berbanding ketika pengurus kelahiran Portugal itu membimbing Tottenham Hotspur.

“Roma tampil dengan sangat buruk, ini adalah bencana! Saya mencintai Roma dan saya berfikir tiada penyokong yang gembira dengan keputusan pada musim ini.”

“Sejak kekalahan 6-1 [di tangan FK Bodo/Glimt] yang sangat terkenal di Norway itu, Roma tampil dengan sangat buruk. Sabtu lalu, kami hampir kalah. Namun, Mourinho diselamatkan oleh [jaringan] dua pemain remaja.”

“Mourinho telah melakukan dengan lebih teruk berbanding ketika bersama Tottenham, walaupun dari sudut pandang media di mana dia selalu digelar nombor satu.”

“Saya tidak langsung menyukai dia,” ujar Cassano menurut sumber dikeluarkan Evening Standard.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

RASMI: Elavarasan Jadi Pilihan Kim Pan Gon Sebagai Penolong Jurulatih

Liga M3 2022: Dua Kelab Dari Perak ‘Mengganas’ Ungguli Kumpulan

Lim Teong Kim Tegaskan Mustahil Untuk Beliau Jadi Presiden FAM