Iker Casillas memuat naik salah satu tweet yang paling kontroversi pada minggu ini.

Hal ini kerana, penjaga gol legenda Real Madrid itu menganggap AC Milan bukan kelab yang ada sengat di Eropah. Awalnya Casillas mengakui dia melakukan kesilapan menyatakan Milan tidak ada tradisi.

Agak pelik kerana kenyataan itu dimuat pada satu tweet. Casillas kagum dengan prestasi Donnarumma sejak beberapa musim ini.

Lalu beliau merasakan Donnarumma harus mencari kelab yang lebih besar daripada AC Milan.

Casillas berkata: “Pada pandangan saya, Donnamrumma seharusnya beraksi untuk kelab yang lebih banyak tradisi. Saya tersilap!”

“AC Milan ada tradisi, maksud saya, lebih sengat di Eropah pada ketika ini. Selamat malam semua. Jumpa esok, mungkin.”

Kenyataan Casillas itu mengundang amarah di kalangan peminat AC Milan. Di mana mereka menganggap penjaga gol legenda itu tidak menghormati sejarah AC Milan sebagai pasukan yang gah dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah.

Peminat Milan juga mengingatkan Casillas untuk hormat orang lain. Kerana dalam sukan, tanpa rakan sepasukan, seseorang pemain itu tidak akan mampu beraksi di prestasi terbaik.

Ini bukan pertama kali Iker Casillas meminta Donnarumma meninggalkan AC Milan ke kelab yang menurut beliau lebih besar.

Pada 2017, beliau menyarankan Donnarumma untuk berpindah ke Juventus dan menjadi pengganti jangka panjang untuk Gigi Buffon.

1487773706_casillas-buffon

AC Milan masih lagi berusaha untuk mara ke pusingan Liga Juara Juara Eropah. Dalam aksi Serie A musim ini Milan dilihat berada dalam landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan dan kembali beraksi di Liga Juara Juara Eropah sekali lagi.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Pochettino Mahukan Aguero

Bundesliga: Sancho Dan Haaland Halang Leipzig Ke Puncak

Bundesliga: Mendahului 2-0, Bayern Kalah 3-2 Di Tangan Gladbach