Bekas penjaga gol Sepanyol dan Real Madrid, Iker Casillas hari ini mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila mengakui yang dirinya kini adalah seorang gay dan menyokong ideologi LGBT.

Beliau membuat pengakuan secara terbuka menerusi laman twitter dan meminta para peminat menghormati pendiriannya.

“Saya harap anda boleh hormat saya, saya seorang gay,” tulis Casillas bahasa sepanyol di Twitter.

Pengakuan beliau turut dibalas oleh bekas pemain Barcelona dan rakan sepasukannya, Carlos Puyol seolah-seolah mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat.

“Sudah tiba masanya untuk mendedahkan kisah kita,” jawapan balas dari Puyol yang menerima lebih 1,000 retweet dan lebih 6,000 komen peminat dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, ciapan tersebut bertahan selama 30 minit sebelum dipadam oleh bekas penjaga gol yang berusia 41 tahun tersebut.

Walaupun kenyataan itu sudah tiada di laman twitternya, namun peminat bola sepak sempat tangkap layar dan masih menjadi topik perbualan media eropah sehingga kini.

Casillas ketika ini menunjukkan tanda-tanda tidak lagi berminat dengan wanita selepas bercerai dengan wartawan sukan Sara Carbenero tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut selama lima tahun, beliau dikurniakan dua orang anak.

Minggu lepas, Casillas menafikan khabar angin bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan artis terkemuka, Shakira selepas penyanyi itu berpisah dengan pemain pertahanan Barcelona, ​​Gerard Pique.

Beliau menggunakan Instagram untuk menepis khabar angin itu dengan berkongsi tangkap layar artikel berbeza mengenainya kononnya dia dengan Shakira mempunyai hubungan istimewa.