Jamie Carragher berpendapat bahawa Man United akan mampu mengalahkan Liverpool dalam aksi kedua dua pasukan pada malam ini. Bercakap kepada Sky Sports, Carragher melihat banyak faktor memihak kepada United.

Pertamanya, pasukan Ole Gunnar Solskjaer kini dalam tekanan selepas beberapa keputusan yang tida memihak mereka dalam beberapa perlawanan terakhir.

Seterusnya, kebangkitan mereka ketika berdepan Atalanta dalam aksi UCL pertengahan minggu dianggap tonik berharga untuk mereka mendapatkan momentum menuju perlawanan ini.

Bukan itu sahaja, Carragher turut merasakan bahawa atmosfera Old Trafford yang kembali dengan sorakan penyokong juga akan membuatkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer akan lebih bersemangat. Ditambah dengan rekod Klopp yang hanya sekali sahaja menang di Old Trafford.

Man United tidak menang dalam 3 perlawanan liga terakhir mereka. Tewas di tangan Villa dan Leicester serta hanya seri dengan Everton.

Namun kebangkitan dalam aksi UCL sebelum ini akan memberikan nafas baharu kepada skuad Red Devils.

Carragher berkata: “Saya boleh lihat bahawa United akan menang perlawanan ini. Kebangkitan mereka pada malam Rabu lalu akan menjadi pendorong utama mereka, atmosfera di Old Trafford akan luar biasa terutama sekali pada sepak mula.”

Seterusnya Carragher menyatakan bahawa, Liverpool sentiasa sukar untuk menang di Old Trafford.

“Liverpool sentiasa sukar nak menang di Old Trafford sejak sekian lama, walaupun mereka membawa pasukan Liverpool yang hebat sekalipun, ianya sentiasa menjadi venue di mana Liverpool sentiasa kesulitan.”

“Bahkan, pada era Klopp, rasanya dia cuma menang sekali di sana, dan sentiasa melalui perlawanan sukar tidak kira apa jua keadaan dan kualiti Man United.”

“Namun tiada keraguan bahawa Liverpool hadir ke perlawanan ini sebagai paskan lebih baik. Mereka membuktikannya dalam beberapa tahun ini dan awal musim ini Liverpool bermain baik. Mereka ada pasukan yang cukup untuk menang.”

“Tetapi jika mereka menang sekalipun ianya akan menjadi sangat sukar.”

“Man United ada beberapa pemain handalan, mereka bermain di halaman sendiri, dengan atmosfera luar biasa berdepan dengan kelab yang seringkali gagal bermain baik di tempat mereka.”

Sejak berakhirnya era Ferguson, Liverpool hanya menang 2 kali di Old Trafford.

Jika menang dalam aksi ini, Liverpool akan mengulangi pencapaian menang 2 kali berturut turut dalam aksi liga buat pertama kali sejak 2002, di bawah kendalian Gerarrd Houllier.