Jamie Carragher memberikan amaran kepada pemilik Liverpool bahawa mereka sama sekali tidak akan dimaafkan sekiranya peledak berbisa, Mohamed Salah memilih untuk meninggalkan kelab tersebut.

Kontrak pemain yang kini sedang memperkuatkan skuad Mesir dalam saingan Africa Cups of Nations itu bakal berakhir pada musim panas 2023 dan masih belum mencapai kata sepakat dalam usaha melanjutkan kontrak baharu.

Bagaimanapun, menurut sumber laporan Sky Sports, Salah difahamkan tidak ragu-ragu dengan masa depannya di Anfield apabila beliau menyatakan hasratnya untuk terus menjadi sandaran utama The Reds.

Melihatkan kepada ketumpulan jentera serangan Liverpool pada aksi separuh akhir pertama Piala Carabao bertemu Arsenal awal pagi tadi, Carragher mengakui skuad kendalian Jurgen Klopp amat memerlukan sumbangan daripada Salah dan Sadio Mane.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mahu segala urusan mengenai lanjutan kontrak Salah dapat diselesaikan dengan segera.

“Kelibat kedua-dua pemain itu [merujuk kepada Salah dan Mane] amat dirindukan dan perbincangan mengenai kontrak Salah akan menjadi perkara penting kerana apabila dia tiada di sini, anda boleh lihat kesannya.”

“Sebagai penyokong Liverpool, anda harus berhati-hati bahawa [situasi kontrak Salah] ini akan berlarutan. Beberapa pemain nama besar yang lain telah menandatangani kontrak lanjutan pada tiga, empat bulan terakhir seperti penjaga gol [Alisson Becker], Trent [Alexander-Arnold], Virgil van Dijk yang merupakan tonggak utama kelab ini.”

“Salah mahu dibayar sama seperti mana-mana pemain terkenal dalam Liga Perdana Inggeris atau bola sepak dunia, dan mengapa dia tidak menerimanya? Dia layak untuk mendapatkannya, kita bercakap tentang salah seorang pemain terbaik di dunia.”

“Ini bukan berkenaan memberikan apa yang pemain mahukan, tetapi Kelab Bola Sepak Liverpool dan pemiliknya, saya tidak fikir mereka akan dimaafkan jika Salah meninggalkan kelab ini pada musim panas atau dalam tempoh 18 bulan lagi,” tambah Carragher lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Kelantan Berjaya Jana Pendapatan Lebih RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari

Stuart Ramalingam Dedah Faktor Stadium Sultan Ibrahim Dipilih Sebagai Venue Piala Sumbangsih

Piala Carabao: 10 Pemain Arsenal Ikat Liverpool Di Anfield

Sumber