Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku menarik perhatian ramai ketika dia enggan menerima pingat naib juara setelah pasukannya menewaskan 2-3 menentang Sevilla pada final Liga Europa pada Sabtu lalu.

Sikap Lukaku itu dikecam ramai pihak yang menganggapnya sebagai tiada semangat kesukanan.

Namun begitu bekas pemain Liverpool Jamie Carragher, pula mempertahankan Lukaku dan menyatakan itu bukan isu besar yang harus dikecohkan.

Romelu Lukaku menjaringkan gol pembukaan untuk Inter Milan. Sevilla kemudian mendapat dua gol menerusi pemain terbaik malam final – Luuk de Jong.

Tidak lama selepas itu Diego Godin menyamakan kedudukan kembali menjadi 2-2.

Malangnya, pada babak kedua, Lukaku secara tak sengaja gagal mengeluarkan tendangan gunting oleh Diego Carlos. Lukaku tergamam seketika dengan apa yang berlaku.

Ketika majlis penyerahan pingat naib juara, tiada kelibat Lukaku.

Carragher berkata: “Ya, agak senang bagi kita yang duduk di sini dan memperkatakan tentangnya.”

“Dalam dunia yang sempurna, semua orang naik ke pentas dan menunjukkan semangat kesukanan. Apabila anda benar-benar menginginkan sesuatu dan anda ingin menang, dan dia juga ‘memainkan peranan kecil’ dalam gol kemenangan itu, kamu boleh memberikan respon yang buruk.”

“Sejujurnya jika Lukaku adalah rakan sepasukan saya, adakah saya akan terganggu? Sejujurnya saya tidak peduli.”

“Dia jelas menerima kekalahan itu. Selama dia bersalaman dengan lawan dan menunjukkan rasa hormat kepada pemain lawan, saya rasa itu sangat penting.” tegas Carragher.

Lukaku bukanlah seorang pemain yang ada reputasi sikap buruk di atas padang. Mungkin malam itu beliau sangat kecewa dengan kekalahan tersebut.

Carragher memahami tindakan Lukaku. Carragher turut mengakui bahawa dia pernah mengalami situasi seperti Lukaku.

“Jelas kami berada dalam situasi tersebut sebagai pemain. Jika dia tidak mahu mengambil pingat, seseorang akan memberikan kepada kamu,” kata Carragher.

“Antonio Conte mungkin akan bercakap dengan beliau selepas ini, tetapi saya rasa ini bukan akhir dunia. Saya dapat memahaminya, kerana saya sendiri pernah mengalami situasi itu.”

Baca juga perkembangan lain

Chelsea Sedia Muktamadkan Perpindahan Thiago Silva, Ben Chilwell Dan Kai Havertz

TERKINI: Maguire Serang Polis Di Greece, Akan Diberikan Penalti

20 Kelab Dengan Perbelanjaan Tertinggi Membeli Pemain