Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat bakal menjadi lebih kuat pada musim depan selepas laman facebook rasmi pasukan itu telah memaparkan gambar bekas penyerang Manchester City dan Juventus, Carlos Tevez dengan ucapan “See You Soon”  (Jumpa anda nanti).

Bagaimanapun, JDT setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedatangan pemain tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat sama ada Tevez akan menyertai JDT sebagai pemain ataupun sebagai tetamu jemputan.

Pada usia 35 tahun, Tevez masih lagi beraksi bersama pasukan Boca Juniors dan pernah merasai pengalaman bermain di Asia dengan pasukan Shanghai Shenghua dalam saingan Liga Super China pada tahun 2017.

Beliau menjadi pemain dengan gaji termahal di dunia ketika menyertai Shanghai Shenhua namun bergelut untuk membantu pasukan itu. Ketika beraksi di China, beliau memiliki rekod jaringan yang sangat menghampakan dan menimbulkan kebencian peminat di sana kerana tidak menunjukkan komitmen kepada kelab.

Terdapat juga khabar angin di media sosial yang mengatakan kehadiran beliau dalam pasukan JDT mungkin untuk membantu menajamkan jentera serangan skuad Harimau Selatan bagi menghadapi saingan kelab kelas tertinggi Asia, AFC Champions League musim depan.

Selain itu, Tevez juga pernah menyarung jersi Manchester United dan West Ham United. Kali terakhir beliau menyarung jersi skuad kebangsaan Argentina adalah pada bulan Oktober 2015.

Tahukah anda, JDT merupakan kelab pertama dari Malaysia yang muncul dalam permainan video Pro Evolution Soccer?

JDT Cipta Sejarah Muncul Kelab Pertama Malaysia Dimasukkan Dalam PES 2020

JDT Sah Kelab Pertama Malaysia Tampil Dalam Pro Evolution Soccer

5 KOMEN
  • Rosdhi bin rasid

    Ambik yang lagi muda kot. Lagi baik.. Tapi ape ape hal jika pengurusan kata OK.. Kite sapport je

    • Aku

      Amik muda2 pun, bukannya jdt nak pakai sampai 5,6 tahun. Selalunya player import main 1, 2 tahun je, lepas tu jdt cari lain.

      • Terbaik jdt..love u all

      • Alexxcroft

        Boleh jadi mentor bagus tu

  • Opah

    Dari *0*-,skrg ke*6*,mungkin seterusnya,luaskan kuasamu

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group