Paolo Maldini dan Alessandro Nesta merupakan gandingan bek tengah legenda AC Milan. Mereka sudah pasti salah satu pasangan terbaik sepanjang zaman.

Maldini bermula sebagai bek sisi, namun pada kariernya di bawah Ancelotti, Maldini membentuk gandingan mantap dengan Nesta. Kedua dua pemain saling melengkapi di atas padang.

Ketika bersama, Maldini dan Nesta menjadi nadi penting AC Milan dan tunjang di barisan belakang yang memberikan banyak kejayaan termasuk Serie A dan Liga Juara Juara Eropah.

Carlo Ancelotti berkongsi cerita, bagaimana beliau menguruskan kedua dua pemain tersebut.

Dan agak mengejutkan apabila Ancelotti menegaskan bahawa beliau tidak pernah melatih dua pemain itu tentang pertahanan.

Kerana bagi beliau, kedua pemain itu sudah terlalu bagus untuk diberitahu apa yang mereka perlu lakukan di atas padang.

“Sepanjang saya menjadi jurulatih di Milan, saya memikirkan tentang dua pemain ini. Saya tidak pernah langsung melatih atau mengajar mereka cara bertahan, ataupun gerakan yang mereka perlu lakukan untuk menutup kawasan kawasan tertentu ketika bersaing dengan lawan mereka.:

“Saya tak pernah melakukannya. Ia juga kerana, apa perkara yang saya nak ajar kepada mereka berdua tentang pertahanan?”

Selain daripada menjadi pertahanan penting di kelab mereka, kedau dua pemain juga menjadi pertahanan penting untuk negara mereka Itali.

Malah kedua duanya dianggap sebagai gandingan terbaik dalam generasi mereka.

Baca juga perkembangan lain

Ferdinand Kritik Layanan Ke Atas Van De Beek: “Kenapa Beli Dia?”

Obi Mikel Kongsi Detik Chelsea Bengang Dengan Pengadil Pada 2009

Turki Kejutkan Belanda 4-2, Burak Yilmaz Hatrik