Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti dilaporkan berminat untuk membawa pulang Cristiano Ronaldo ke Santiago Bernabeu.

Real Madrid, sama macam Barcelona, berdepan dengan beban hutang yang tinggi. Ronaldo dianggap pilihan yang bagus untuk mereka apabila pemain itu tamat kontrak musim hadapan.

Real Madrid berpeluang untuk mendapatkan Ronaldo secara percuma sebagai ejen bebas. Buat masa ini, fokus Ronaldo hanyalah di Juventus. Beliau masih komited untuk membantu kelab tersebut dalam usaha mereka memburu UCL.

Kehadiran Max Allegri juga diharap akan dapat membantu Juventus mengecapi kejayaan tersebut.

Ronaldo merupakan legenda Real Madrid, selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab. Meninggalkan mereka selepas Piala Dunia 2018.

Koresponden Edu Aguire menyatakan bahawa Carlo Ancelotti sangat teringin untuk bekerjasama semula dengan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo merupakan pemain yang sangat mengagumi Carlo Ancelotti. Dan Ronaldo pernah terbuka mempersoalkan keputusan Real Madrid memecat Ancelotti satu ketika dahulu.

Selain daripada Ronaldo, Real Madrid juga mengintai tandatangan Kylian Mbappe – jika pemain itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau di Parc des Princes.

Mbappe juga berada pada tahun akhir kontraknya, dikaitkan dengan Real Madrid. Beliau boleh ditandatangani secara percuma untuk musim hadapan.

Agak menarik kerana PSG sebelum ini sudah menyenaraikan nama Cristiano Ronaldo sebagai pengganti kepada Kylian Mbappe, jika penyerang sensasi Perancis itu memutuskan untuk meninggalkan PSG selepas kontrak beliau tamat.

Baca juga artikel

Jordi Alba:”Saya Sentiasa Sedia Bantu Kelab, Kamu Tanyalah Presiden Dia Buat Apa?”

Highlight EPL: Spurs Tewaskan Kesebelasan £550 Juta, Termahal Dalam Sejarah

Di Maria: ‘Ronaldo Pun Teringin Ke PSG, Namun Messi Adalah Pilihan Jauh Lebih Bagus’