Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata pengurusan baharu harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan segala kemelut persatuan, termasuk Isu tunggakan gaji.

Menurut Asmirul, jika berlakunya perubahan kepimpinan, maka pengurusan baharu perlu sedia menanggung bebanan atau tanggungjawab yang ditinggalkan.

Kedah
Asmirul Anuar Aris

“Pihak yang berkenaan perlu berusaha menjelaskannya. Tidak timbul kenapa pengurusan yang lama tidak menjelaskannya kerana amanah dan tanggung jawab tersebut telah dirampas di pertengahan jalan pemerintahan.

“Pemain menandatangani kontrak dengan persatuan bukan dengan pihak pengurusan. Adalah menjadi tanggungjawab presiden selaku ketua di sesebuah organisasi untuk bertindak mencari jalan penyelesaiannya bukan dengan cara menuding jari kepada pengurusan lama,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Asmirul turut menjelaskan mengapa sesetengah pemain menerima gaji yang tinggi seperti yang disuarakan oleh Presiden baharu KFA, Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengurusan
Sumber Gambar: Bebas News

“Pembelian Kpah (Sherman) dan Kipre (Tchetche) menjadi keutamaan kerana Kedah perlu memantapkan jentera serangan berikutan dengan kegagalan saingan final Piala Malaysia 2019. Jumlah gaji yang di terima tidaklah sebagaimana yang digemburkan,” tambahnya.

Sanusi sebelum ini menegaskan beliau tidak akan menggunakan duit rakyat untuk membayar tunggakan gaji pemain disebabkan janji yang pimpinan lepas aturkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Presiden KFA: “Saya Tak Akan Guna Duit Rakyat Bayar Tunggakan Gaji Pemain Kedah”

‘Insta Story’ Kpah Sherman Dan Aidil Sharin Beri ‘Hint’ Kuat Kedah FA Ada Masalah Kewangan Yang Nazak?

Azmeer Yusof Bukan Bersara Tetapi Keluar Daripada Skuad Kedah