Fabio Cannavaro telah membincangkan rasa kagum dan minatnya kepada Andres Iniesta. Walaupun Cannavaro bekas pemain Real Madrid, beliau tetap meminati legenda Barcelona dan Sepanyol itu.

Dio mana, beliau menegaskan, di sekelilingnya, ramai orang yang memerhatikan Lionel Messi apabila menyaksikan Barcelona.

Tetapi Cannavaro pula lebih gemar memerhatikan bekas pemain tengah Barca, Iniesta berbanding denngan Messi.

Iniesta, sekarang bermain untuk kelab J1 League Vissel Kobe, dan menyambut ulang tahunnya yang ke-36 pada hari Isnin.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu meninggalkan Barcelona pada 2018 selepas menikmati karier yang sangat cemerlang bersama dengan Barcelona.

Cannavaro, yang memenangi dua gelaran LaLiga sebagai pemain Real Madrid, mengatakan bahawa dia selalu memerhatikan Iniesta, dan mengiktiraf pemain itu sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.

andres-iniesta-dan-lionel-messi_20180509_125538

Iniesta membantu negaranya memenangi Piala Dunia dengan jaringan kejuaraan. Beliau juga membantu Sepanyol menjuarai Euro 2012.

Bercakap kepada AS, bekas pemenang Ballon d’Or itu berkata: “Dia bermain dengan gaya seperti itu, anda tidak boleh menahan ‘cinta’ anda kepadanya ketika anda melihatnya bermain.”

“Dia seorang profesional yang sempurna, sangat rendah hati … Saya sangat sukakan dia.”

“Semua orang mungkin memerhatikan Messi tetapi saya menonton Iniesta.”

Iniesta menjadi pemain penting dalam era kegemilangan Barcelona pada era moden. Belia signifikan dengan gandingan bersama Sergio Busquets dan Xavi Hernandez di tengah.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Kerajaan UK Beri Lampu Hijau EPL Kembali Seawal 1 Jun

TERKINI: Majoriti Pasukan 10 Terbawah EPL Mahu Hapus Penyingkiran Musim Ini

La Liga Sudah Tetapkan Tarikh Sambung Semula Liga 20 Jun Ini