Penyerang yang diumumkan sebagai pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Camilo Sanvezzo membuat kejutan apabila menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab Mexico, Mazatlan FC.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Camilo menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.

Salah sebuah media Mexico, TV Azteca turut melaporkan mengenai lanjutan kontrak Camilo dan menegaskan Mazatlan mahu meneruskan kerjasama bersama pemain itu.

Perkara ini nyata menimbulkan teka-teki dimana sebelum ini, JDT telah mendapatkan khidmat pemain tersebut bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang akan kembali beraksi di Thailand.

JDT sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini, sama ada mahu mendapatkan khidmat Camilo Sanvezzo secara pinjaman ataupun mencari pemain lain.

Baca artikel lain mengenai Camilo Sanvezzo di sini:

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Camilo Sanvezzo Catat Hatrik Bertemu Atletico San Luis, Momentum Padu Sebelum Ke Liga Malaysia?

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United