Calon Presiden Barcelona, ​​Agusti Benedito, mengakui bahawa dia sangat gembira jika Lionel Messi terus kekal lebih lama di Camp Nou. Namun, Benedito pesimis bahawa Messi akan kekal bersama Barcelona musim depan.

Kapten pasukan kebangsaan Argentina membuat kejutan dalam jendela perpindahan awal musim dengan meminta dilepaskan oleh Barcelona.

Krisis hubungan Messi dengan presiden Barcelona ketika itu, Josep Maria Bartomeu antara faktor utama kenapa La Pulga mahu meninggalkan Barcelona. Dengan Manchester City dikaitkan dengan tandatangan pemain tersebut.

imago0047840964h-1024×657
Messi

Namun Lionel Messi terpaksa akur dan kekal di Barcelona. Pemain berusia 33 tahun itu kemudian telah memutuskan untuk menghormati kontraknya dengan Blaugrana yang berakhir pada 30 Jun 2021.

Walaupun cuba keluar pada sebelum ini, Lionel Messi masih menunjukkan prestasi terbaiknya. Messi berjaya mencetak 12 gol dan enam assist dari 20 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Namun, La Pulga masih tidak melanjutkan kontraknya dengan Barcelona. Dan tidak ada tanda tanda akan berbuat demikian.

Situasi ini menguatkan rumors bahawa Messi akan pergi dari Barcelona. Messi memasuki enam bulan terakhir kontraknya, bermakna beliau bebas berbincang dengan mana mana pasukan tanpa melalui kelab.

Agusti Benedito melihat bahawa Messi mungkin akan meninggalkan Barcelona selepas ini.

“Mengekalkan Messi akan menjadi berita terbaik untuk kelab, tetapi saya tidak terlalu yakin.”

https://twitter.com/ESPNFC/status/1347182452788387842

“Memandangkan keadaan di kelab, saya merasa sangat penting dia tetap berada di Barca, dengan berharap dia akan faham bahawa dalam dua tahun lagi Barcelona akan berada di kedudukan terbaik sekali lagi.”

Benedito menegaskan situasi ekonomi Barcelona juga menjadi antara sebab kenapa kelab mungkin terpaksa akur kehilangan Messi.

“Dia berada di sini selama 20 tahun, dia peminat Barcelona dan saya rasa dia sangat prihatin dan peka dengan situasi itu. Dia telah memberi kami banyak perkara dan hal yang sama diberikan Barcelona kepadanya.”

“Dan sudah waktunya bagi kita semua untuk menyarungkan lengan baju kita.” .

“Saya ingin dia mengatakan dalam sebuah wawancara minggu lalu bahawa keinginannya adalah kekal di Barcelona, ​​tetapi dia tidak dan sekarang kita harus menunggu dan melihat. Sebenarnya saya pesimis (Lionel Messi tetap),” kata Agusti Benedito.

Adakah Messi akan terus kekal di Barca musim hadapan? Selain daripada Man City, Paris St Germain juga dikaitkan dengan Lionel Messi.

Baca juga perkembangan lain

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015

Ole: Pasukan Ini Lebih Hampir Ke Final Berbanding Tahun Lalu

Abramovich Sedia Lamar Schevchenko (Sekali Lagi) Untuk Selamatkan Chelsea