Ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda hampir pasti terlepas baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini ekoran masalah kecederaan.

Teerasil dilaporkan masih tidak mencapai prestasi terbaiknya sejak kembali dari Shimizu S-Pulse selain berdepan dengan masalah kecederaan yang dilihat tidak sempat untuk pulih menjelang perlawanan itu nanti.

Teerasil Dangda
Sumber Gambar: BG Pathum United

Empat penyerang dilihat bakal menjadi pengganti kepada pemain terbaik yang pernah dilahirkan Thailand itu bagi menjadi penyerang utama pada aksi kelayakan nanti.

Calon pertama ialah Adisak Kraisorn yang juga merupakan salah satu pemain senior dalam skuad Gajah Perang.

Adisak sentiasa menjadi pilihan kedua dibelakang Teerasil dan pemain Port FC itu hanya beraksi dalam kesebelasan utama sekiranya bekas pemain Almeria itu tidak dipanggil.

Teerasil Dangda
Sumber Gambar: Changsuek

Dua pemain muda iaitu Supachai Jaided dan Suphanat Mueanta turut dicanang sebagai pemain yang akan menggantikan Terrasil.

Kedua-dua pemain ini beraksi bersama Buriram United dan telah mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Calon terakhir ialah bekas penyerang skuad B-23 tahun iaitu Nattawut Suksum yang pernah beraksi bersama kelab Jepun, FC Tokyo secara pinjaman dari Bangkok United pada 2019 lalu.

Nattawut kembali ke Bangkok United dan beliau berjaya menjaringkan 11 gol dalam saingan Thai League 1 musim 2020/2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Teerasil Dangda Digugurkan Dari Senarai Pemain Skuad Thailand Ke UAE Akibat Kecederaan.

Lelaki Ini Berkongsi Cerita Mengenai Masalah Yang Dihadapi Ketika Mahu Membeli Jersi ‘Original’ Penang FC

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS