Carlo Ancelotti secara sinis menyatakan bahawa FIFA mungkin juga boleh menganjurkan Piala Dunia setiap setahun sekali, setelah badan pengelola bola sepak itu mendedahkan rancangan untuk kejohanan utama yang akan dimainkan setiap dua tahun.

Ancelotti kini mengendalikan semula Real Madrid dan beliau menyatakan dia sangat gembira berada di sana. Sambil menyifatkan ia seperti bulan madu.

“Saya tinggal bulan madu di Real Madrid. Saya berharap dapat terus kekal di sini bertahun-tahun,” katanya kepada Rai Radio.

“Seperti orang lain, kami bermula dengan beberapa kesulitan, tetapi kami mempunyai semangat yang hebat dan kami berjaya membuat pembetulan semasa permainan berdasarkan karakter yang kami ada.”

Walaupun pemergian bintang seperti Sergio Ramos dan Leo Messi, serta Cristiano Ronaldo beberapa tahun lalu, Ancelotti percaya LaLiga Santander akan baik-baik saja.

“LaLiga kehilangan pemain hebat [pada musim panas], tetapi akan ada bintang bintang lain yang akan muncul menggantikan mereka.”

“Salah satunya adalah Vinicius kita sendiri. Kami sangat digalakkan dan kami telah memulakan musim dengan baik.”

Kemudian Ancelotti memberikan pandangannya mengenai Piala Dunia yang diadakan setiap dua tahun sekali.

“Bermain Piala Dunia setiap dua tahun? Nah, alang alang kita dah membincangkannya, ayuh kita anjurkan setahun sekali,” katanya dengan sinis.

Ancelotti mengingatkan bahawa, Piala Dunia 4 tahun sekali pun sukar untuk UEFA dan FIFA menyusun jadual agar tidak membebankan pemain. Inikan pula dua tahun sekali.

“Jadual adalah masalah yang sangat serius. Sesuatu harus diubah. Ada perlawanan yang tidak masuk akal.”

“FIFA dan UEFA harus membincangkannya. Memang benar pada masa ini mungkin mereka tidak terlalu setuju satu sama lain, tetapi tekanan terhadap pemain terlalu tinggi.”

Ancelotti percaya bahawa Serie A lebih terbuka daripada sebelumnya musim ini, dan memuji kepulangan Jose Mourinho ke bola sepak Itali.

“Ini adalah tempat yang sesuai untuk wataknya, saya selalu mengatakannya,” kata Ancelotti mengenai Mourinho.

“Saya terus terfikir bahawa itu adalah tempat yang tepat untuknya, dan akhirnya ia akan menjadi.”

“Saya sangat berharap agar Roma dapat menang dengan Mou, dan saya mengharapkan hal yang sama dari Milan, kerana mereka adalah dua pasukan yang sangat saya cintai.”

Baca juga artikel

Hampir Dimalukan Granada, Koeman Pertahankan Taktikalnya & Minta Peminat Barca Terima Hakikat

TERKINI: James Rodriguez Sedang Berunding Dengan Kelab Qatar

Bagaimana ‘Tweaks’ Tuchel Sekali Lagi Membuahkan Hasil