Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (kluster keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mula memberi bayangan saingan Liga Malaysia musim ini mungkin akan disambungkan semula pada bulan Ogos.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, beliau berkata kerajaan sedia pertimbangkan cadangan untuk memberi kebenaran rasmi kepada Liga Malaysia berlangsung lebih awal serta kemasukan penyokong ke dalam stadium mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 penonton, mungkin hanya membenarkan 5,000 penyokong hadir bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Bagaimanapun, ia bergantung pada permohonan sesi latihan fasa 2 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum membuat tindakan lanjut.

“Pihak kerajaan sedia mengkaji dan boleh memperhalusi lagi cadangan untuk memulakan liga lebih awal. Kita akan tengok apa cadangan MFL dan FAM.

“Semua cadangan itu akan dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

“Kini surat permohonan boleh dibuat dan ia terpulang kepada FAM dan MFL untuk mengemukakan permohonan itu bagi membolehkan Liga-M bersambung lebih awal,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ini, 16 pasukan yang terdiri daripada 8 pasukan Liga Super dan 8 pasukan Liga Premier sudah pun diberi kebenaran untuk menjalani latihan sejak minggu lalu. Manakala baki 8 lagi pasukan masih dalam proses melengkapkan permohonan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hasan berkata proses kepada sesi latihan fasa 2 akan menjadi lebih cerah jika kesemua pasukan patuh serta disiplin mengikuti SOP ketika menjalani sesi latihan dalam fasa 1 selain situasi penularan pandemik COVID-19 di negara yang dilihat semakin pulih.

Lebih tepat, ia turut mencerahkan peluang untuk memulakan kempen Liga Malaysia lebih awal di mana perancangan sebelum ini menyambung kembali aksi domestik pada September ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

James Younghusband Umum Persaraan, Ceres Negros Tarik Diri Daripada Liga Filipina