Baru baru ini kita dihidangkan dengan cadangan dari FIFA untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) & Malaysian Football League (MFL) meneliti semula jumlah perlawanan Liga Malaysia dengan format terkini dengan hanya 22 perlawanan dengan perlawanan timbal balik. Format terkini dianggap tidak memberi cukup minit perlawanan buat pemain bolasepak profesional di Malaysia.

Sehubungan dari itu, pelbagai langkah dan idea dari warganet diutarakan kepada FAM melalui tulisan-tulisan di Facebook, Twitter dan lain lain laman media sosial. Rata-rata mencadangkan Liga Malaysia diformat semula dengan tiga pusingan untuk mendapatkan 33 perlawanan Liga Malaysia.

Namun begitu, apa kesan kesan daripada penstrukturan ini? Adakah ia baik bagi bolasepak kita? Ataupun bakal mengkucar-kacirkan suasana bolasepak sedia ada? Berikut adalah kesan kesan jika Liga Malaysia dijenamakan semula dan diubah strukturnya. Ayuh kita lihat senarionya!

FIFA
Sumber Gambar: Selangor

Secara langsung, dengan lebih 30 perlawanan semusim, pemain utama boleh mendapatkan tambahan sebanyak hampir 1000 minit perlawanan berbanding 22 perlawanan liga semusim, tidak termasuk dengan perlawanan Piala FA & Piala Malaysia.

Jika sebelum ini, maksimum semusim, kelab boleh bermain maksimum 22 perlawanan liga, seorang pemain itu boleh mendapat sekitar 1,980 minit bermain, namun dengan tambahan sepusingan lagi perlawanan liga Malaysia sebanyak 11 perlawanan, maka 2,970 minit permainan yang mana pastinya memberi lebih cabaran buat pasukan besar untuk terus tetap cergas sepanjang musim.

Untuk bersedia mengharungi musim yang panjang, sudah tentu setiap pasukan akan bersedia dengan lebih baik dari segi kecergasan. Kecergasan amat penting dalam membina kekuatan pasukan, dan musim yang panjang ini juga akan memberi ruang kepada pemain muda untuk turut menyinar di dalam liga tempatan. Kecergasan akan menjadi faktor utama untuk menentukan kejuaraan dengan musim yang lebih panjang.

FIFA
Faisal antara pemain yang mungkin dipanggil setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini

Penstrukturan ini jelas boleh memberi peluang buat FAM & MFL untuk menyusun jadual liga kita dengan lebih teratur dan memberi lebih masa bagi skuad kebangsaan mempersiapkan diri bagi apa-apa kejohanan di dalam kalendar FIFA mahupun bagi kejohanan serantau seperti Piala AFF & Sukan SEA.

Secara tidak langsung, kelab boleh menambah pendapatan dengan mempunyai lebih perlawanan dan ini sudah tentu menjadi faktor utama menarik penaja penaja dari syarikat syarikat utama di Malaysia untuk menaja pasukan kelab bolasepak mahupun Liga Malaysia sendiri.

Bayangkan slot A-board digunakan sepenuhnya oleh penaja di seluruh stadium, disebabkan return of investment (ROI) yang berjaya didapatkan kembali oleh penaja penaja yang teruja melihat jenama mereka diiklan di kaca televisyen dan skrin telefon dengan lebih lama. Kelab juga akan semakin rasa berbaloi kerana membayar pemain mereka untuk perlawanan yang lebih banyak berbanding hanya 22 perlawanan liga semusim.

MFL dan FAM sepatutnya membuat rancangan yang lebih baik dengan kemungkinan boleh memulakan format liga Malaysia yang baru seawal musim 2024 untuk memberi ruang pasukan bersiap sedia daripada pelbagai segi bagi menghadapi musim yang lebih panjang.

Tuntasnya, jika MFL & FAM benar-benar mengambil serius ‘teguran kecil’ FIFA kepada mereka, ini sudah menunjukkan rasa sayang mereka dan keazaman mereka untuk meningkatkan bolasepak negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Scott O’Donell Mahu FAM Lantik Jurulatih Import Untuk Skuad Harimau Malaya

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysia