Pemain tengah Sepanyol, Sergio Busquets membidas pengadil perlawanan yang membenarkan gol kemenangan lewat Kylian Mbappe dalam aksi final Piala Bangsa Eropah pada Ahad.

Kedua dua pasukan bermain dengan sengit sekali di San Siro. Dengan Sepanyol terlebih dahulu di hadapan menerusi Mikel Oyarzabal.

Namun juara dunia, Perancis berjaya bangkit dengan dua gol menerusi Karim Benzema dan Kylian Mbappe.

Mbappe menjaringkan gol kejuaraan itu ketika aksi berbaki 10 minit sahaja lagi.

Kem Sepanyol mempersoalkan gol itu kerana Mbappe menurut mereka berada dalam kedudukan ofsaid.

Ulang tayang turut menunjukkan bahawa Mbappe berada di kedudukan ofsaid.

Selepas tamat perlawanan, pemain terbaik perlawanan, Sergio Busquets menyatakan bahawa beliau tidak percaya sama sekali, pengadil boleh mengesahkan gol tersebut.

“Alasan pengadil, dia memberitahu kami bahawa Eric Garcia berniat mahu bermain bola itu, tindakannya itu telah membunuh ofsaid tersebut.”

“Tetapi Eric mahu bermain bola itu kerana mahu mengelakkannya daripada sampai kepada Mbappe. Alasan tersebut sangat tidak masuk akal.”

“Gol kedua itu nampak seperti ofsaid. Dan saya rasa Mbappe berada di kedudukan ofsaid.”

Eric Garcia turut menjelaskan bahawa, pengadil memberitahu bahawa, Mbappe tidak ofsaid kerana tindakannya yang cuba bermain bola tersebut ataupun bertindak aktif.

Garcia menjelaskan: “Mbappe ofsaid! Pengadil memberitahu saya bahawa ada menunjukkan reaksi mahu bermain bola itu. Apa yang harus saya lakukan? Pergi ke tepi dan memberikan laluan dan membiarkan Mbappe berlari? Sebab peraturan yang berkata begitu.”

Sepanyol tewas dalam aksi final kali ini. Sekaligus memberikan kejuaraan kepada Perancis dalam UNL edisi kedua.

Baca juga artikel

Mancini: “Pelik Kalau Bukan Jorginho Yang Menang Ballon d’Or Kali Ini”

UNL: Perancis Bangkit Dari Ketinggalan Dan Juara

Materazzi Tuduh Thuram Pun Seorang Yang Rasis Ke Atas Pemain Kulit Putih