Buriram United terpaksa menelan hakikat bahawa mereka akan beraksi dalam pusingan kelayakan play-off kejohanan AFC Champions League musim 2020 selepas gagal muncul sebagai juara Thai League 1 2019.

Juara baharu Thai League 1, Chiangrai United mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan kejohanan kelab bola sepak paling elit di Asia itu selepas mengetepikan Buriram United berdasarkan peraturan head-to-head.

Kedua-dua pasukan itu mencatat bilangan kemenangan, seri dan kalah yang sama dan 2 keputusan dalam perlawanan liga sebelum ini lebih memihak kepada Chiangrai United;

1) Chiangrai United 4-0 Buriram United
2) Buriram United 0-0 Chiangrai United

EHz-e6KUEAA8fEK

Apa yang lebih menarik adalah Chiangrai United berjaya memecahkan dominasi 2 pasukan – Muangthong United dan Buriram United, untuk muncul sebagai juara baru dalam tempoh 11 tahun.

Ini adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan kerana Chiangrai United hanya ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu.

73285486_1191574904564395_2005600124931145728_n

Bagi Buriram United pula, walaupun terpaksa melalui pusingan kelayakan play-off AFC Champions League, mereka yang dijangka tidak akan menghadapi masalah besar untuk melangkah ke pusingan seterusnya apabila akan bertemu wakil dari Vietnam iaitu Ho Chi Minh City FC.

Malaysia mempunyai 1 wakil dalam pusingan kelayakan AFC Champions League 2020 iaitu pasukan Kedah yang akan menerima kunjungan pasukan dari Taiwan.

Baca juga artikel menarik lain yang telah kami sediakan untuk rujukan serta tatapan peminat bola sepak sejati.

Kuota Pasukan Dalam Saingan AFC Champions League Ditambah Kepada 40 Pasukan Mulai Musim 2021

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020

Risiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League 2020, Ketua Jurulatih Buriram United Berang Kalah Kepada Muangthong United