Kelab Thai League 1, Buriram United menawarkan gaji bulanan yang tinggi kepada bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge bagi meyakinkan pemain itu untuk beraksi di Thailand.

Setelah membuang semua pemain import, Buriram dilihat mahu mendapatkan pemain berprofil tinggi dan Sturridge dianggap sebagai pemain yang sesuai untuk memimpin jentera serangan pasukan.

Daniel Sturridge
Sumber Gambar: The Liverpool Offside

Menurut laporan, Buriram bersedia untuk membayar gaji sebesar 10 Juta Bath atau RM1.3 Juta sebulan kepada pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/2019 itu sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai pasukan.

Penyerang yang pernah beraksi bersama Chelsea dan Manchester City itu kini berstatus ejen bebas setelah kontrak beliau bersama kelab Turki, Trabzonspor tamat pada bulan lalu.

Daniel Sturridge
Sumber Gambar: talkSPORT

Daniel Sturridge berjaya menjaringkan tujuh gol dalam 16 penampilan bersama Trabzonspor sebelum memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau.

Sejak kehilangan Diogo Luis Santo yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lalu, Buriram bergelut untuk mendapatkan pemain yang mempunyai kualiti sama seperti Diogo bagi mengisi jentera serangan pasukan.

Baca artikel lain mengenai Buriram United di sini:

Bekas Pemain Liverpool, Daniel Sturridge Bakal Sertai Buriram United?

Tiga Pemain Import Buriram United Yang Boleh Beraksi Di Liga Malaysia

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.