Kelab Thai League, Buriram United memutuskan untuk menamatkan khidmat pemain tengah Vietnam, Luong Xuan Trong hanya selepas empat bulan pemain berusia 24 tahun itu menyertai kelab yang sinonim dengan julukan Thunder Castles secara pinjaman.

Dikhabarkan Xuan Trong tidak disenaraikan dalam pasukan utama oleh Buriram bagi menghadapi baki saingan Thai League 1 musim 2019. Ini bermakna, bekas pemain Incheon United itu akan kembali ke kelas asalnya, Hoang Anh Gia Lai yang beraksi dalam saingan V.League.

https://twitter.com/VietFooty/status/1143874612012470272?s=19

Ketika beraksi bersama Buriram, pemain berusia 25 tahun itu tampil dalam sembilan perlawanan dimana beliau menyumbangkan satu gol dan satu assist.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Xuan Trong, Buriram membawa masuk bekas penyerang Arsenal dan AS Monaco, Nacer Barazite. Penyerang dari Belanda berusia 29 tahun itu sebelum ini beraksi bersama kelab UAE, Al Jazira.

Barazite membuat penampilan pertama bersama Arsenal pada Oktober 2007 ketika The Gunners menghadapi Sheffield United dalam saingan Piala Liga. Nacer kemudiannya menyertai Derby County dan Vitesse Arnhem secara pinjaman ketika mempunyai kontrak bersama Arsenal sebelum menyertai Austria Wien pada 2010 secara tetap.

Setelah beraksi di England, Austria dan Turki, bekas penyerang Belanda bawah 21 tahun ini kemudiannya berhijrah ke UAE pada September 2018.