Kelab Thailand, Buriram United bersedia untuk menerima tawaran dari kelab J. League bagi dua pemain mereka iaitu Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna laman media sosial Twitter iaitu Thai League Central dimana Hokkaido Consadole Sapporo dilaporkan menjadi kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain.

Buriram dikhabarkan mahu melepaskan Supachok dan Suphanat secara bersamaan dan Consadole Sapporo dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk membawa masuk kedua-dua pemain.

Consadole sudah lama dikaitkan dengan Supachok dan Suphanat setelah mereka kehilangan pemain bintang pasukan, Chanathip Songkrasin yang berhijrah dengan menyertai juara Liga Jepun musim lalu iaitu Kawasaki Frontale.

Kawasaki Frontale membayar yuran perpindahan sebesar JPY500 juta atau RM18.17 juta bagi mendapatkan khidmat Chanathip sekaligus menjadi antara perpindahan termahal dalam saingan Liga Jepun.

Buriram United
Chanathip Songkrasin

Adik beradik ini dilihat sebagai pengganti yang sesuai dimana kedua-dua pemain mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi baik bersama kelab mahupun skuad kebangsaan.

Baru-baru ini, Supachok dan Suphanat membantu Buriram memenangi saingan Thai League 1 sekaligus merampas kejuaraan daripada BG Pathum United yang memenanginya musim lalu.

Chanathip menilai Supachok sudah bersedia untuk beraksi di luar negara sekaligus meningkatkat lagi kualiti permainan serta menimba pengalaman dengan beraksi di liga yang lebih baik.

“Ramai pemain Thailand sudah bersedia untuk meningkatkan tahap permainan dan semua bergantung kepada peluang yang diterima. Siapa yang patut beraksi di luar negara? Supachok Sarachat adalah pilihan saya. Saya rasa dia sudah bersedia,” kata Chanathip.

Sekiranya Supachok dan Suphanat berhijrah ke saingan Liga Jepun, maka mereka akan meneruskan legasi yang telah dicipta oleh rakan sepasukan yang lain seperti Chanathip, Teerasil Dangda, Kawin Thamsatchanan dan Theerathon Bunmathan.

Thailand turut mempunyai beberapa pemain lain yang dianggap sudah bersedia untuk beraksi di luar seperti Ekanit Panya, Worachit Kanitsribampen dan pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah iaitu Kritsada Kaman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:

ACL 2022: Tewas Kepada Kelab Asean, Media Korea Anggap K League Dipermalukan

Chanathip Songkrasin Gerun Dengan Kelibat Safawi, Akui JDT Pasukan Yang Kuat

Junior Eldstal Anggap Berita Kembali Ke JDT Hanya Khabar Angin