Buriram United dilaporkan sedang berkira-kira untuk membawa prospek penjaga gol yang berpotensi tinggi dari Vietnam, Nguyen Van Toan selepas mempamerkan aksi yang memukau ketika saingan Sukan SEA 2019 yang lalu.

Nguyen Van Toan yang memiliki ketinggian 1.86 meter itu dilihat sebagai calon utama untuk menggantikan penjaga gol utama mereka Siwarak Tedsungnoen yang telah berusia 35 tahun dan sanggup membayar yuran perpindahan sekitar RM1.2 juta.

Menurut laporan media dari Vietnam dan Thailand, aksi Nguyen Van Toan yang konsisten dan kepantasan refleks yang dimiliki selain aset fizikal yang sesuai telah menarik minat Buriram United yang kini mahu memperkasakan kembali skuad mereka untuk merampas status kelab No.1 Thailand.

van-toan-u22-viet-nam-u22-thai-lan-1

Ketika ini, Nguyen Van Toan beraksi bersama Hai Phong FC dalam saingan V.League 1 telah menarik minat beberapa buah kelab dalam saingan domestik Vietnam dan jika perpindahan ke Buriram United menjadi kenyataan beliau akan muncul sebagai penjaga gol kedua paling mahal dari Vietnam.

Sebelum ini Dang Van Lam yang juga beraksi untuk Hao Phong telah berhijrah ke Thai League 1 bersama SCG Muangthong United dengan yuran perpindahan bernilai USD500,000 atau sekitar RM2.2 Juta.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Korea Selatan ‘Convert’ Fasiliti Latihan Skuad Kebangsaan Menjadi Pusat Rawatan Pesakit COVID-19

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group