Buriram United sekali lagi cemerlang dari segi penjualan tiket dan juga barangan rasmi pasukan dimana mereka memperoleh sekitar 11 Juta Baht atau kira-kira RM1.3 Juta pada perlawanan menentang BG Pathum United minggu lalu.

Perkara ini dikongsikan oleh salah satu media sukan negara itu, Main Stand International dimana kutipan yang diperoleh Buriram ini nyata melebihi hadiah keseluruhan yang diberikan kepada juara Thai League 1 musim ini.

Seramai 21,648 penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan antara kedua pasukan dan Buriram mendapat jualan dari segi tiket sekitar RM1.4 Juta Baht atau RM174 Ribu manakala dari segi penjualan barangan rasmi kelab seperti jersi mereka memperoleh sekitar 9.7 Juta Baht atau kira-kira RM1.19 Juta. Satu jumlah yang cukup memberangsangkan.

Pengelola liga negara itu, Thai League memberikan hadiah sebanyak 10 Juta Baht atau sekitar RM1.2 Juta kepada juara Thai League 1 dan jumlah jualan yang diperoleh Buriram dalam satu perlawanan nyata melebihi jumlah hadiah yang diberikan kepada juara liga.

Ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang utama terhadap jumlah jualan barangan kelab Buriram United yang dianggap luar biasa ini antaranya mereka menghasilkan sendiri jersi pasukan tanpa bergantung kepada pengeluar sekaligus menjadikan jersi pasukan itu antara yang mampu milik dalam saingan liga Thailand.

Chanathip Songkrasin Tidak Akan Beraksi Pada Saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Kebanyakan kelab di Thailand menjual jersi mereka dengan harga 900 hingga 1000 Baht manakala Buriram menjual jersi mereka musim ini lebih murah berbanding kelab lain iaitu dengan harga 740 Baht.

Selain itu, kepelbagaian dari segi barangan turut memainkan peranan dimana peminat bukan sahaja boleh membeli jersi tetapi mereka juga membeli lebih 100 barangan di kedai rasmi pasukan seperti baju musim panas, cawan dan juga patung bertemakan kelab.

Pencapaian Buriram ini wajar dijadikan sebagai contoh oleh kelab Liga Malaysia dimana sekiranya mereka mempunyai pelan bisnes yang kukuh dari segi penjualan tiket dan juga barangan rasmi pasukan, maka mereka mampu untuk memantapkan lagi kantung pasukan dan banyak perkara yang boleh dijalankan seperti membina fasiliti dan membayar gaji pemain tepat waktu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Thailand Umum 3 Negara Yang Disahkan Menyertai King’s Cup 2022

Media Vietnam Anggap Malaysia Lawan Mudah