Dalam episod 2 video J.League: Beraksi Di Asia yang diterbitkan semalam, banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh 3 orang bekas pemain kebangsaan Jepun yang mungkin tidak kita tahu sebelum ini.

Kali ini Hajime Hosogai yang pernah beraksi bersama Buriram United berkongsi kisah dimana kelab itu pernah membayar seorang pemain import (nama tidak disebut), sebanyak RM2.32 juta untuk membatalkan kontrak yang baru sahaja ditandatangani 11 hari!

Menurut beliau, pihak pengurusan kelab membuat keputusan selepas kemungkinan pemain itu tidak serasi bersama pemain-pemain lain dalam skuad Buriram United.

Selain itu, Hajime Hosogai juga mendedahkan bahawa musim itu sahaja, Buriram United telah menyingkirkan 7 orang pemain import yang gagal memberikan impak seperti yang diharapkan oleh pihak atasan kelab.

Untuk menyaksikan video penuh episod 2, kami telah sediakan pautan untuk anda seperti dibawah.

Masashi Motoyama juga ada berkongsi dalam video itu mengenai bonus kemenangan yang diterima selepas berjaya mengatasi pihak lawan. Beliau terkejut dengan perkara itu dan berseloroh mengatakan bahawa itu adalah ‘duit makan’.

Ketiga-tiga mereka bersetuju bahawa perkara sebegitu tidak berlaku dalam saingan J.League dan menjelaskan ia perkara baharu dan pengalaman dalam karier mereka sebagai pemain bola sepak diluar negara.

Banyak lagi pengalaman menarik yang dikongsikan oleh mereka mengenai dunia bola sepak di Malaysia, Thailand dan Australia yang mungkin kita tidak pernah tahu. Sila tonton video diatas untuk menikmati pengalaman yang mereka kongsikan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”

Jawapan Safee Sali Berkenaan Isu Merokok Pemain Tempatan Dalam ‘IG Story’ Dikecam Hebat Netizen