Wakil Thailand dalam saingan AFC Champions League 2018, Buriram United, berjaya menewaskan juara 2 kali AFC Champions League 2006 dan 2016, Jeonbuk Hyundai pada pusingan pertama peringkat kalah mati.

2 pemain import tersohor Buriram United Edgar Silva menjaringkan 2 gol dan Diogo menambah gol ke 3 walaupun Jeonbuk Hyundai cuba merapatkan kedudukan pada minit ke 91.

FB_IMG_1525803985491

Buriram yang kini unggul dipersada Thai League 1, mampu untuk menyamai rekod mereka pada edisi AFC Champions League 2013 apabila layak ke peringkat suku akhir selepas mengetepikan wakil Uzbekistan, Budyonkor dengan 2-1 dipusingan kalah mati 16 terbaik.

Namun pada edisi 2013 itu, kelab tersohor dari Iran, Esteghlal menyekat kemaraan Buriram dengan agregat 1-3 disaingan suku akhir.

FB_IMG_1525803958805

Musim 2018 ini, dengan prestasi mereka dalam saingan peringkat domestik serta Asia, Buriram United dilihat mempunyai kemampuan untuk memecahkan rekod tersebut.

Selain itu, melalui kejohanan kelab dipertingkat tertinggi Asia ini juga membolehkan para pemain Buriram United ‘menjual’ bakat mereka dengan lebih baik.

Jika kita perhatikan pada peringkat kalah mati 16 pasukan terbaik 2018, hanya diwakili oleh 8 buah kelab dari 4 buah negara, China (3 kelab), Jepun (1 kelab), Korea Selatan (3 kelab) dan Thailand (1 kelab).

Perlu diketahui juga bahawa Jeonbuk Hyundai adalah pendahulu semasa K League Classic 2018.