Bekas penyerang skuad Melaka United dan juga pemain naturalisasi Indonesia, Ilija Spasojevic dilaporkan bakal berhijrah ke Liga Thailand musim depan setelah mendapat tawaran rasmi daripada kelab Buriram United.

Menurut sumber daripada Goal Indonesia, Buriram United berminat untuk membawa pemain berusia 32 tahun itu memperkuatkan jentera serangan secara pinjaman setelah mereka kehilangan penyerang berbisa dari Brazil, Diogo Luis Santo yang menyertai pasukan JDT.

Kontrak Spasojevic bersama kelab Bali United akan berakhir pada tahun 2020. Musim ini beliau telah menjaringkan 10 gol dalam 20 penampilan dan merupakan penjaring ketiga terbanyak Liga Indonesia 1 di belakang Beto Goncalves dan Titus Bonai.

Bagaimanapun, beliau sehingga kini masih tidak dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Indonesia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setelah kali terakhir diberi peluang menyarung jersi skuad Garuda pada bulan Mac 2019.

Ketika beraksi bersama Melaka United pada tahun 2016, Spasojevic juga merupakan penjaring terbanyak Liga Premier dengan 24 gol dan turut menerima anugerah pemain terbaik daripada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Melaka United.

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

Shukor Adan Sudah Tawar Hati Bersama Melaka United

MUSA Beri Bayangan Zainal Abidin Hassan Kekal Sebagai Pengendali Melaka United

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group