Nama ketua jurulatih Alexandre Gama bukan satu nama yang asing untuk peminat bola sepak di Thailand khususnya.

Selepas perletakan jawatannya selaku ketua jurulatih SCG Muangthong United beberapaa hari lalu, banyak khabar angin bertiup kencang beliau akan kembali mengendalikan Buriram United tersebar.

Berita itu disokong dengan perletakan jawatan secara mengejut oleh Božidar Bandović dan hari ini beberapa media di Thailand mengesahkan bahawa Alexandre Gama sah akan kembali sebagai ketua jurulatih kelab Buriram United.

Alexandre Gama ketika membawa Buriram United selama 3 musim dari Jun 2014 hingga Mei 2016 telah berjaya memacu kelab itu menjulang 8 trofi kejuaraan dalam tempoh tersebut.

Kejayaan itu pastinya lebih terarah kepada seorang pemain yang mungkin antara mesin gol terbaik dalam saingan domestik Thailand, Diogo Luis Santo yang dibawa masuk pada musim 2015 oleh Alexandre Gama dan muncul selaku penyerang dengan rekod jaringan 101 gol dari 105 perlawanan!

Ramai pemerhati melihat dengan kembalinya Alexandre Gama ke Buriram United bakal menjadi satu ‘turning point‘ untuk kelab itu kembali mencari status mereka sebagai gergasi dalam Thai League selepas pudar dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Menarik untuk kita perhatikan apakah yang mampu dilakukan oleh Alexandre Gama apabila saingan Thai League musim 2020 baru sahaja berlangsung kira-kira 25% dan jendela perpindahan akan dibuka tidak lama lagi.

Mampukah beliau mengembalikan Buriram United yang cukup padu seperti suatu ketika dahulu?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Sebuah Pasukan Yang Dikenali Sebagai ‘Rakyat United’ Giat Rekrut Pemain Untuk Liga Super/Liga Premier 2021?

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim