Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini dilantik sebagai pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berdasarkan undian sebulat suara daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi SAFA.

Perkembangan itu disahkan dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria yang juga memangku jawatan presiden persatuan berkenaan sebelum ini.ni.

“Kita telah berjumpa dengan beliau (Bung Moktar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang,” katanya kepada Bernama.

EpLeJpGVEAAgQdB

Abdul Rahman juga yakin pemilihan Bung Moktar merupakan langkah yang tepat kerana Ahli Parlimen Kinabatangan itu pernah menjadi penaung Kelab Bola Sepak FELCRA FC.

SAFA akan fokus kepada bahagian pengurusan manakala Sabah FC yang diuruskan oleh Datuk Verdon Bahanda akan bersaing dalam Liga Malaysia.

“Kita tahu beliau (Bung Moktar) mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas.

“Kita serahkan Verdon untuk mengurus Sabah FC dan kita SAFA mengurus di bahagian induk kerana sekiranya induk bermasalah pasukan Sabah FC juga akan bermasalah,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Bekas Kapten Skuad Piala Dunia USA Bakal Jurulatih Baharu Pahang Musim Depan?

B.Satianathan Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United

Pemain Tengah Switzerland, Oliver Buff Dikaitkan Dengan Selangor

FAM Hantar Tiga Pengadil Tempatan Mengendalikan Perlawanan Liga Maldives