TikTok rasmi Bundesliga telah memuat naik video detik malang Marcos Antonio dalam debut beliau bersama kelabnya ketika itu iaitu Nurnberg.

Debut Marcos Antonio di Bundesliga untuk Nurnberg pada 2012 menentang Stuttgart sangat teruk sehingga pemain pertahanan Brazil itu digantikan selepas 16 minit dan tidak pernah bermain untuk kelab itu lagi selepas itu.

Ini ditambah dengan kecederaan yang melanda Antonio, membuatkan karier pemain itu di Jerman tidak seindah yang dia harapkan.

Debut Marcos Antonio untuk dilupakan

Ia adalah salah satu daripada dua penampilan yang dibuat Antonio untuk kelab itu, penampilan pertama dalam DFB Pokal menentang TSV Havelse.

Debut Antonio sangat teruk sehingga saluran YouTube Bundesliga pada 8 tahun lalu, tidak dapat menahan diri mereka memuat naik video dengan judul: ’16 Minutes of Shame – Marcos Antonio’s Debut Disaster’ ataupun “16 Minit Yang Memalukan – Debut Malapetakan Marcos Antonio”.

8 tahun selepas video itu dimuat naik ke dalam saluran YouTube Bundesliga, akaun media sosial rasmi kelab itu sekali lagi mengingatkan penyokong tentang debut malang itu.

Di mana mereka menulis: “Korang boleh ingat tak dengan pertukaran awal [daripada ini]?”

Ianya merujuk kepada pertukaran pemain yang dibuat Nurnberg ketika itu, yang mengeluarkan Antonio hanya selepas 16 minit kerana ternyata dia beraksi dengan teruk sekali kerana gugup.

@bundesliga

Can you remember an earlier tactical substitution? 👀 #bundesliga #fussball

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Marcos Antonio gagal untuk bangkit daripada debut yang malang tersebut. Namun dia menemui karier yang luar biasa ketika di Malaysia. Apabila menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim.

Marcos Antonio menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik pernah dimiliki JDT dan juga antara yang terbaik pernah beraksi di kancah Liga Malaysia.

Antonio memenangi segalanya di Malaysia, termasuk 5 kejuaraan Liga Super, 1 Piala FA dan 1 Piala Malaysia.

Marcos Antonio turut menjadi nadi penting JDT dalam mencipta sejarah menjuarai Piala AFC pada 2015.