Bundesliga sudah sedia untuk kembali pada 15 Mei ini, selepas pentadbiran Angela Merkel memberikan lampu hijau. Merkel menyatakan perkara tersebut dalam telesidang.

Beliau juga memberikan lampu hijau kepada kedai kedai di Jerman untuk dibuka semula pada 11 Mei ini.

Namun Merkel mengingatkan bahawa, Bundesliga harus dianjurkan berdasarkan prosedur keselamatan yang ketat. Salah satu daripada protokol yang dikenakan adalah bermain di dalam stadium kosong.

Jerman sudah bersedia untuk kembali memberikan kebenaran untuk membuka banyak sektor pada Isnin. Ini termasuk kedai gunting dan tempat ibadat. Tetapi kesemuanya kena mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.

Pasukan di Jerman sudah pun kembali menjalani latihan sejak bulan lalu lagi.

Bundesliga ditangguhkan sejak Mac lalu. Dan mereka masih ada baki 9 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Sambungan semula mungkin akan membuatkan beberapa prosedur pelik. Ini termasuk larangan untuk berpelukan ketika meraikan gol.

Malah ada juga yang mencadangkan pemain menggunakan topeng muka. Tapi mungkin topeng muka khas la agaknya.

Negara di Eropah ketika ini bergantung kepada Jerman untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan langkah keselamatan dalam menyambung liga.

Mereka juga sudah memulakan langkah pemeriksaan dan saringan koronavirus sejak bulan lalu lagi.

Baca juga perkembangan lain dari Bundesliga

Bundesliga Optimis Dapat Sambung Aksi Pada Awal Mei

Kelab Jerman Mulai Buat Ujian Covid-19, Persiapan Sambung Liga

Manuel Neuer: Pemain Yang Mengubah DNA Sweeper Keeper Dengan Caranya Tersendiri