Bundesliga mengesahkan bahawa mereka berada di landasan yang tepat untuk menyambung semula musim 2019-20 pada bulan Mei.

Tetapi keputusan akhir berkenaan tarikh memulakan semula terletak pada kerajaan. Pada ketika ini, kerajaan melarang sementara perhimpunan besar-besaran sehingga akhir bulan Ogos.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Liga Bola Sepak Jerman (DFL) pada hari Khamis. Dua liga utama Jerman ditangguhkan sehingga 30 April kerana wabak koronavirus.

Ketua eksekutif DFL Christian Seifert mengatakan, pada minggu terakhir bulan ini organisasi itu berusaha untuk mempersiapkan diri untuk kembali beraksi pada awal Mei dengan perlawanan dimainkan di stadium kosong.

Selepas persidangan menerusi atas talian di antara 36 wakil kelab pada hari Khamis, DFL mengesahkan rancangannya untuk meneruskan musim ini.

Seifert berkata: “Bundesliga siap sedia untuk disambung semula, sama ada pada 9 Mei atau tarikh berikutnya. Tetapi kita masih mencari tarikh, dan keputusan akhir akan terletak di ta ngan kerajaan.”

“Kami belum menentukan tarikh yang tepat pada hari ini. Ini kerana mustahil untuk kami menyebut tarikh yang tepat, kerana kami tidak ada kuasa untuk memuktamadkannya.”

“Sekiranya kami diberikan lampu hijau pada minggu depan, maka kami boleh jadi akan meyambung semula liga pada 9 Mei.”

Seifert sekali lagi menegaskan bahawa, keputusan itu tidak bergantung kepada mereka.

Beliau kemudian berharap musim ini akan ditamatkan pada 30 Jun untuk mengurangkan impak pasukan daripada menanggung kos pembayaran kontrak khas.

Dan pada masa yang sama mengelakkan setiap pasukan ada konflik dengan kontrak pemain yang ejen bebas selepas Jun.

Tetapi beliau tidak dapat memberikan jaminan liga akan ditamatkan pada Jun. Cuma Seifert mengesahkan bahawa Liga Bola Sepak Jerman mengutamakan isu untuk menamatkan musim liga terlebih dahulu.

Selain daripada itu, DFL juga akan memberikan € 500,000 kepada pihak berkuasa kesihatan awam untuk membantu mereka dalam melaksanakan ujian koronavirus.

Akses ke stadium Bundesliga akan terhad kepada 213 orang pada hari perlawanan melibatkan pegawai pasukan, pemain dan kakitangan stadium.

Akhir sekali Seifert menggesa peminat untuk tidak berkumpul di luar stadium.

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

UEFA Pertimbang Mansuhkan Penggunaan VAR Untuk Baki Saingan

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?

Doktor Dedahkan Beberapa Pemain United Melecur Kerana Memasak Ketika Lockdown