RB Leipzig mempersiakan peluang untuk memintas Bayern Munich di puncak liga selepas tewas 3-1 di tangan Borussia Dortmund dalam aksi Bundesliga.

Dalam aksi semalam, Bayern Munich dikejutkan oleh Borussia Mochengladbach walaupun sudah mendahului 2 gol. Di mana Bayern Munich tewas 3-2.

Kekalahan Bayern itu membuatkan RB Leipzig berpeluang memintas mereka di carta teratas liga. Malang buat Leipzig kerana mereka tidak mampu menewaskan Borussia Dortmund.

Dalam aksi yang berlangsung di Arena Red Bull, kedua dua pasukan menurunkan skuad terkuat mereka.

Pada minit ke-25, Yussuf  Poulsen menanduk umpanan Dani Olmo. Tetapi Roman Burki dengan tenang menafikan percubaan tersebut.

Aksi kemudian berlangsung sengit. Dortmund terpaksa kehilangan Axel Witsel akibat kecederaan ketika aksi berlangsung setengah jam – dan digantikan dengan Emre Can.

Walaupun aksi saling serang menyerang namun separuh masa pertama berakhir 0-0.

Masuk separuh masa kedua, akhirnya bintang antarabangsa England, Jadon Sancho membuka tirai jaringan pada minit ke-55 dengan merembat rendah selepas menerima hantaran Marco Reus.

Tersentak dengan jaringan itu, RB Leipzig mengemaskan ancaman mereka. Dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Dani Olmi pada minit ke-67. Di mana sepakan beliau terkena palang gol.

Ketika Leipzig sedang rancak mencari gol penyamaan, Erling Haaland menambah satu lagi gol untuk pasukannya. Haaland menerima hantara lintang Jadon Sancho dan menanduk masuk,

Haaland sekali lagi menewaskan Gulasci dengan gol ketiga untuk pasukannya pada minit ke-84, mengesahkan kemenangan Dortmund.

Alexander Sorloth menjaringkan gol saguhati untuk Leipzig pada minit ke-89.

Baca juga perkembangan lain

Bundesliga: Mendahului 2-0, Bayern Kalah 3-2 Di Tangan Gladbach

Calon Presiden Tak Yakin Messi Akan Kekal Musim Hadapan

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015