Bayern Munich dikejutkan oleh comeback  daripada Borussia Mochengladbach dalam aksi yang berlangsung di Borussia Park.

Biasanya Bayern Munich yang melakukan kebangkitan daripada ketinggalan. Namun bukan kali ini.

Pasukan tuan rumah ketinggalan seawal minit ke-20. Apabila Robert Lewandowski menjaringkan gol pembukaan menerusi titik penalti.

Enam minit kemudian Bayern menggandakan kedudukan mereka menjadi 2-0. Kali ini giliran Leon Goretzka merembat masuk hantaran Leroy Sane.

Bayern Munich kemudian dilihat mengendurkan temp permainan mereka. Natijahnya apabila mereka gagal mempertahankan pendahuluan dua gol mereka menjelang wisel rehat.

Pada minit ke-35 Jonas Hofmann menewaskan penjaga gol veteran Bayern, Manuel Neuer.

Sepuluh minit kemudian, sebelum wisel separuh masa dibunyikan, Jonas Hofmann sekali lagi menjaringkan gol.

Kejayaan mengikat Bayern daripada kedudukan ketinggalan 2 gol membuatkan Borussia Mochengladbach mendapat tonik berharga untuk beraksi pada separuh masa kedua.

Hanya 4 minit separuh masa kedua bersambung, Florian Neuhaus menjaringkan gol ketiga untuk tuan rumah.

Bayern gagal untuk membalas gol tersebut walaupun memiliki penguasaan bola yang tinggi. Dan masa penuh, Borussia Mochengladbach 3 Bayern Munich 2.

Ini merupakan kekalahan kedua Bayern musim ini. Mereka kekal di puncak liga, namun hanya 2 mata di atas RB Leipzig yang masih ada satu perlawanan dalam tangan,

Baca juga perkembangan lain

Calon Presiden Tak Yakin Messi Akan Kekal Musim Hadapan

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015

Serie A: Chiesa Dan Dybala Hancurkan Rekod Tanpa Kalah AC Milan