Bayern Munich dikejutkan oleh TSG Hoffenheim dalam aksi Bundesliga.

Bayern menelan kekalahan 1-4 kepada TSG Hoffenheim pada perlawanan kedua Bundesliga di Stadium PreZero Arena.

Keputusan yang sekaligus menamatkan rentetan tanpa kalah Bayern dalam 32 perlawanan. Di mana The Bavarians berjaya meraih 31 kemenangan dan sekali seri dari 32 perlawanan di semua pertandingan.

Bermain di tempat lawan, Bayern diberikan tentangan sengit oleh pasukan tuan rumah yang bermain dengan agresif dan fizikal.

Ermin Bicakcic menyempurnakan sepakan penjuru yang diambil Dennis Geiger untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-16.

Pada minit ke-24, giliran Dabbur untuk menemebusi gawang The Bavarians. Dabbur berjaya menghukum kesilapan pertahanan Bayern dan melakukan lob.

Kimmich mengurangkan defisit gol dan membuatkan ramai percaya Bayern akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.

Sudah banyak kali mereka dalam situasi ini terutama sekali di dalam pertandingan domestik.

Bersambung separuh masa kedua, permainan menjadi lebih menarik.

TSG Hoffenheim berjaya mendapatkan kelebihan dua gol sekali lagi pada minit ke-77.

Siapa lagi kalau bukan penyerang sensasi Hoffenheim Andrej Kramaric, yang memanfaatkan hantaran dari Ihlas Bebou.

Memasuki masa kecederaan, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti setelah Neuer menjatuhkan Ihlas Bebou di kotak terlarang.

Andrej Kramaric, yang menjalankan tugas sebagai pelaksana penalti, menjalankan tugasnya dengan baik.

Tamat perlawanan Hoffenheim menang 4-1.

Kali terakhir mereka kalah pada Disember 2019.

Sepanjang tempoh itu Bayern menjaringkan 108 gol dan sudah menjulang 4 trofi.

Namun segala yang bermula pasti akan berakhir.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group